Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata kurniaan semula ini adalah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di negeri Johor demi melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku.
"Insentif ini diberikan sebagai dorongan dan pemangkin di atas semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan JDT sehingga berjaya memenangi piala berprestij ini.
"Bagaimanapun, Tunku Ismail telah berkenan untuk mengurniakan semula insentif ini kepada Kerajaan Negeri Johor, hari ini.
"Kerajaan Negeri Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas keprihatinan baginda," katanya dalam satu kenyataan media.BACA: JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Pada 2 November lalu, pasukan JDT menewaskan pasukan Kedah 3-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.