KUALA LUMPUR: Dua gol penyerang import Ifedayo Olusegun di penghujung perlawanan memastikan Selangor FC meraih kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.
Pemain kelahiran Nigeria itu menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-89 sebelum hantaran lintangnya menerjah gawang Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi pada waktu kecederaan.
Dua gol itu meranapkan harapan skuad bimbingan P.Maniam untuk menggenggam mata penuh selepas mendahului sejak awal babak pertama menerusi rembatan kaki kiri V Ruventhiran pada minit ke-25.
Kemenangan itu membolehkan Selangor FC mengumpul 18 mata untuk terus memberikan tekanan kepada Terengganu FC (TFC) yang dipisahkan tiga mata di kedudukan keempat liga sementara PJ City FC kekal di tangga keenam mengutip 14 mata.
Sementara itu, Perak FC terus dirundung malang apabila gagal meraih tiga mata penuh dalam empat perlawanan terakhir selepas tewas 1-2 kepada Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Skuad The Bos Gaurus yang mendahului menerusi sepakan percuma memukau Nazirul Naim Che Hashim pada minit ke-27 gagal mempertahankan kedudukan itu pada separuh masa kedua apabila bekas penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-65.
Pemain import tengah dari Gabon Levy Madinda memastikan skuad Tambadau bangkit daripada ketinggalan dengan bergaya selepas berjaya menewaskan penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menerusi sepakan percuma pada minit ke-79.
Dalam pada itu, pemain gantian A.Selvan muncul wira Negeri Sembilan FC apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-75 untuk membantu pasukan menundukkan PDRM FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Negeri Sembilan FC yang mengumpul 21 mata kini mendahului perlumbaan perebutan kejuaraan Liga Premier dengan perbezaan satu mata di hadapan Sarawak United FC di kedudukan kedua.
Pada masa sama, jaringan hatrik Jordan Mintah membantu Terengganu FC II (TFC II) membelasah Kelantan United FC 4-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sekali gus naik ke tangga ketiga liga.
Pemain import Ghana itu meledak dua jaringan penalti pada minit keempat dan ke-32 sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-69, sementara Argzim Redzovid turut mencetak nama sebagai penjaring manakala gol sagu hati Kelantan United FC dijaringkan Alfusainey Gassama pada minit ke-40.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021

Pemain Selangor FC Brendan Gan dikawal ketat pemain pertahanan pasukan Petaling Jaya City FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Intan Serah buka 'akaun gol' bersama New York Dutch Lions
Intan Sarah Anisah Zulgafli membuka akaun gol pertama dalam saingan Liga Premier Bola Sepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat pada Ahad.

Liga Super: JDT hanya perlu tiga mata dari tiga perlawanan
Skuad Harimau Selatan itu boleh dikatakan sudah sebelah tangan di trofi Liga Super 2021, apabila berjaya menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi

Virgil van Dijk belum berpuas hati kemenangan besar Liverpool
Gol Diogo Jota dan Roberto Firmino meletakkan The Reds di depan sebelum Salah mencipta rekod baru EPL dengan mencetak jaringan dalam aksi pembukaan.

UEFA mansuh peraturan di tempat lawan
Peraturan gol di tempat lawan tidak akan digunakan lagi dalam mana-mana pertandingan di bawah anjuran organisasi itu untuk musim 2021-22.

Euro 2020: Ali Daei ucap tahniah kepada Cristiano Ronaldo
Pemain berusia 36 tahun itu kini hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengatasi rekod Ali Daei.

Euro 2020: Itali tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bersih
Matteo Pessina menjadi pemain Itali termuda menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya selaku kesebelasan permulaan dalam kejohanan utama sejak Antonio Cassano melakukannya dalam Euro 2004.

Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann
Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.

Euro 2020: Croatia bangkit selepas penalti kontroversi Republik Czech
Kali ini, Patrick Schick meletakkan pasukannya di depan menerusi sepakan penaltinya di venue sama.

Euro 2020: Sepakan penalti Sweden hukum Slovakia
Sweden melangkah lebih dekat ke pusingan 16 Euro 2020 menerusi kemenangan 1-0 ke atas Slovakia di St Petersburg, sebentar tadi.

Messi jaringkan gol sepakan percuma bersejarah, atasi Ronaldo
Dua jaringan yang dihasilkan Messi ketika menewaskan Valencia 3-2 awal pagi tadi turut menyaksikannya menjaringkan 28 gol dalam saingan liga musim ini.