IPOH: Dua beradik pemain tenis remaja negara mencatatkan kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Tenis Dunia Junior ITF yang berlangsung di Singapura dari 24 hingga 29 Januari lalu.
Mitsuki Leong Wei Kang, 18, dan adik perempuannya, Shihomi Leong Li Xuan, 15, muncul juara dalam kategori masing-masing di peringkat J5 dan J4.
Pada perlawanan akhir peringkat J5, Mitsuki menewaskan pemain tuan rumah, Michael Dyland Jimenez 6-3, 2-6, 6-0 manakala Shihomi, pilihan kelapan juga menewaskan pemain tuan rumah yang juga pilihan pertama kejohanan, Sue Yan Tan 6-1, 6-3.
Di peringkat J4 pula, Mitsuki menewaskan pemain India, Nikhil Mukherjee 6-1, 6-0 dan Shihomi pula menewaskan Sue Yan Tan 6-1, 6-4.
Kejayaan itu sekali gus melonjakkan kedudukan Mitsuki daripada ranking 213 kepada 165 manakala Shihomi daripada 1,157 kepada 419.
Berdasarkan ranking itu, Mitsuki layak ke pusingan kelayakan kategori remaja kejohanan Grand Slam di Perancis 2022 yang dijadualkan pada Mei depan.
Ketika ditemui di sini, pemain berdarah campuran Cina dan Jepun itu tekad untuk memperbaiki ranking kepada 100 terbaik dunia selepas kejohanan berkenaan.
Kedua-dua beradik itu merupakan pelajar Tingkatan 3 dan 5, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Poi Lam Ipoh.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Lawn Tenis Perak, Fazwil Abdul Wahid berharap ada pihak, khususnya badan-badan korporat tampil untuk membantu kedua-dua beradik ini meneruskan perjuangan mereka di dalam sukan tenis.
“Mitsuki dan Shihomi masih muda, dan saya yakin mereka boleh pergi lebih jauh lagi jika mendapat penajaan.
“Bagi membolehkan mereka mengutip mata, mereka perlu memasuki lebih banyak kejohanan dan setiap kejohanan, mereka memerlukan kira-kira RM25,000, termasuk perbelanjaan penginapan dan ujian COVID-19.
“Oleh itu, saya berharap agar kerajaan dan korporat, tengok-tengoklah kami,” katanya dalam sidang media di Majis Sukan Negeri (MSN) Perak, di sini.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Feb 04 2022
Mitsuki Leong Wei Kang dan Shihomi Leong Li Xuan muncul juara dalam kategori masing-masing di peringkat J5 dan J4 dalam Kejohanan Tenis Dunia Junior ITF yang berlangsung di Singapura dari 24 hingga 29 Januari lalu. - Gambar Astro AWANI
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk
Kesihatan dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas semakin pulih.
Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing
Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan pihak polis berhubung satu kejadian culik melibatkan dua beradik lelaki, di sini pada Isnin.
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian yang berusia tiga tahun menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi di Hospital Pulau Pinang.
Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi
Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi.
Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan.
Dua beradik didakwa membunuh
Jagdeeshraj dan Vasantharaj serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif pada 27 Okt 2023.
Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah
Dua beradik maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di kilometer (km) 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, hari ini.
Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.