Individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang sukan itu dipilih bagi menerajui ISN sebagai medan utama perkembangan sukan serta membantu atlet mendapatkan khidmat nasihat dan mempersiapkan diri menghadapi kejohanan penting.
Antara pengalaman luasnya ialah menjawat kerusi CEO Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Pengarah Kejurulatihan Akademi Malaysia dan Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Jakarta-Palembang, Indonesia.
Selamat bertugas!
-- Stadium Astro
