Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berharap sentuhan ajaibnya menjadi apabila Malaysia menentang Thailand pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Rajamangala, di sini Rabu.
Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lepas dan bangkit kembali dengan cemerlang dan menang selesa 4-2 dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam empat hari kemudian.
"Diharap, kami akan mengulangi keajaiban itu (menentang) Thailand, esok. Secara jujur saya tidak menjangka anak buah saya akan beraksi dengan baik menentang Vietnam dan pada saya ia adalah petanda baik untuk pasukan kerana kami pernah tewas kepada Vietnam di gelanggang mereka," kata Dollah kepada pemberita dalam sidang media pra-perlawanan, di sini Selasa.
Bekas jurulatih kelab Polis Diraja Malaysia itu berkata kapten pasukan Muhammad Shukor Adan dan penyerang berpengalaman Mohd Safee Mohd Sali yang pada awalnya dilaporkan cedera, telah kembali menjalani latihan dan kedua mereka bersedia untuk turun berjuang di dalam pertarungan epik itu esok.
Mengenai pasukan Thailand, Dollah mengakui skuad 'Gajah Perang' di bawah bimbingan bekas pemain antarabangsa negara itu, Kiatisuk Senamuang bukan lawan yang mudah tetapi beliau yakin anak buahnya akan memberikan yang terbaik.
Turut berkongsi pandangan Dollah, Mohd Safee yang berjanji mempamerkan persembahan terbaiknya dalam perlawanan esok.
"Semangat pemain masih tinggi untuk beraksi dalam perlawanan esok walaupun kami tahu ia adalah sukar. Apa yang penting, kami melakukan yang terbaik berhadapan Thailand yang tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan Kumpulan B (di Singapura) sebelum ini, " kata penyerang Johor Darul Ta'zim itu.
Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Thailand, Choktawee Promrat berkata pemainnya sudah bersedia berhadapan Malaysia dan menjangka kemenangan berpihak kepada mereka.
"Kami menghormati mereka sebagai bekas juara (2010) tetapi saya masih yakin kami akan menang perlawanan esok, katanya sambil menambah Kiatisuk dijangka menurunkan kesebelasan utamanya.
Turut berkongsi pandangannya adalah penjaga gawang Thailand, Kawin Thamsatchanan yang mengakui bermain dua perlawanan akhir termasuk pada 2012 agak mengujakan tetapi mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah Harimau Malaya yang ingin menebus kekalahan 2-3 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Singapura.
"Kami bermain dengan baik pada kejohanan tahun ini tetapi perlawanan yang kami harungi bukannya mudah. Diharap kami dapat bermain dengan baik di hadapan penyokong kami, kata pemain Muangthong United.
Malaysia dan Thailand akan bertemu dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, 20 Dis ini bagi menentukan juara edisi ke-10 kejohanan bola sepak dua tahun sekali itu.
Bernama
Wed Dec 17 2014
Dollah mengakui skuad 'Gajah Perang' di bawah bimbingan bekas pemain antarabangsa negara itu, Kiatisuk Senamuang bukan lawan yang mudah tetapi beliau yakin anak buahnya akan memberikan yang terbaik.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.
Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.
Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.