Ketua jurulatih Dollah Salleh (gambar) masih belum memutuskan sama ada akan kekal bersama skuad Liga Super Pahang pada musim depan biarpun membantu skuad itu menjuarai Piala Malaysia 2013 di sini malam tadi.
Katanya beliau masih belum memikirkan hala tuju kerjayanya dengan skuad Tok Gajah itu.
"Biarlah saya meraikan kejayaan ini bersama pasukan sebelum memikirkan kerjaya saya untuk musim depan," katanya selepas skuad bimbingannya menjulang Piala Malaysia dengan mengalahkan Kelantan 1-0 pada final di Stadium Shah Alam di sini.
Pahang muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga selepas 1983 dan 1992, hasil jaringan penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-58.
Menyentuh mengenai kemenangan itu, Dollah, yang pernah mendakap kejuaraan Piala Malaysia ketika beraksi bersama Pahang pada 1992, berkata ia merupakan satu kebanggaan kepadanya selaku pengendali pasukan berkenaan.
"Tapi keseluruhannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain yang bekerjasama dengan bangkit semula dan memanfaatkan segala peluang yang terhidang," katanya.
Berkongsi pandangan yang sama ialah pemain terbaik perlawanan akhir, Azamuddin Mohd Akil yang tidak menyangka meraih gelaran berkenaan.
"Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan pasukan Pahang yang berjaya menamatkan kemarau selama 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.
"Saya juga ingin tuju kejayaan ini kepada penyokong setia pasukan Pahang terutamanya penduduk (daerah) Kuala Lipis yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada saya selama ini," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyalahkan mutu pengadilan yang lemah sehingga memberi peluang kepada Pahang merangkul piala tersebut.
"Saya tidak mahu bercakap pasal itu tetapi secara keseluruhan pemain bermain dengan baik...malangnya mereka gagal melakukan penyudahan," katanya yang menyifatkan perlawanan itu merupakan misi terakhir buat dirinya bersama Kelantan.
Mengenai masa depannya, jurulatih berusia 42 tahun kelahiran Croatia itu berkata beliau telah menerima tawaran daripada beberapa pasukan untuk musim depan.
"Ini adalah perlawanan terakhir saya bersama Kelantan dan ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Kelantan, pengurusan pasukan dan pemain yang memberi kerjasama baik dengan saya sejak dua tahun lepas," katanya.
"Bukan banyak pasukan boleh mencontohi pencapaian Kelantan sebelum ini dan ini semua kerana hasil sokongan mantap daripada pihak pengurusan," katanya yang membantu Kelantan menjuarai tiga gelaran musim lepas.
Bernama
Sun Nov 03 2013
![Dollah belum putuskan masa depan dengan Pahang Dollah belum putuskan masa depan dengan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61383523513_295x200.jpg)
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
![Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706320399_TBDollahSalleh.jpg)
Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.
![Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705355456_PemainMalaysiaStua.jpg)
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.
![Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704663415_lilitankapten.jpg)
Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.
![Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665891668_TBdollahsalleh.jpg)
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
![Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642465749_DollahKemalangan.jpg)
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
![Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642159949_Shebbysemadibola.jpg)
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
!['Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah 'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642005756_Shebby.jpg)
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
![Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630450801_SriPahangFC.jpg)
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.
![Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629415895_DollahSalleh.jpg)
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.
![Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627274933_MelakaUnitedFCGar.jpg)
Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC
Kecergasan skuad Sri Pahang tidak berada pada tahap sebenar dan ia jelas terlihat pada aksi menentang Melaka United.