Ini bukan kali pertama bintang sensasi Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diketepikan ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22), negara Datuk Ong Kim Swee dalam pasukannya.
Pada 2016, Kim Swee yang ketika itu menjawat jawatan selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan mengambil keputusan menggugurkan nama Muhammad Safawi, daripada senarai akhir pemain menghadapi saingan Piala AFF, yang menyaksikan Malaysia gagal mara ke separuh akhir.
Selepas tiga tahun, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 dan 2019 itu kini menikmati kemuncak karier, selepas membuktikan kualiti dimiliki di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di peringkat domestik.
Pengguguran Muhammad Safawi, 22, pada waktu itu dibaratkan sebagai titik perubahan dalam kariernya, apabila selepas itu beliau bangkit dengan prestasi lebih meyakinkan dan Kim Swee mahu setiap pemain muda, mencontohi kesungguhan serta sifat tidak putus asa dimiliki beliau.
"Kalau tidak silap ia (titik perubahan) pada Piala AFF 2016 di mana saya menggugurkan beliau (Muhammad Safawi) ketika itu. Apabila digugurkan, beliau kembali dengan begitu positif dan tidak berputus asa...ini memberikan beliau satu keyakinan cukup baik.
"Setiap pemain harus mencontohi Safawi, di mana apabila beliau gagal atau digugurkan, tetap kembali dengan lebih kekuatan dan kini beliau merupakan pemain terbaik di negara kita," kata Kim Swee kepada Bernama.
Kim Swee semalam mengesahkan untuk tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.
Bekas pemain sayap pasukan T-Team itu melakar rekod cemerlang bersama JDT musim ini, apabila meledak 20 gol dan merekodkan 10 'assist' sepanjang 3,088 minit permainan melibatkan 37 penampilan.
Nama Muhammad Safawi kini menjadi sebutan seluruh peminat bola sepak tanah air, selepas meledak dua gol dalam kejayaan Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil, dua hari lepas (Selasa).
Kemenangan itu sekali gus membantu skuad Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, melengkapkan tahun 2019 dengan penuh gemilang.
Kim Swee yang telah membimbing Muhammad Safawi bersama skuad kebangsaan serta skuad B-22 negara mengakui, pemain kebangsaan itu memiliki kekuatan kaki kiri dan sering meluangkan masa sekitar 15-20 minit membuat latihan tambahan, selepas tamat sesi latihan pasukan.
"Kita dapat lihat Safawi kini berada pada tahap berbeza dan ini bukan sahaja daripada hasil usaha barisan jurulatih, tetapi keyakinan diri Safawi sendiri dan kesungguhan beliau yang telah membawanya ke tahap cukup baik ini.
"Dalam sesi latihan beliau fokus kepada setiap situasi tetapi yang memberi kelebihan sudah tentu sepakan percumanya, di mana beliau mempunyai kesungguhan untuk berlatih (sepakan percuma) setiap hari, selepas tamat latihan.
"Apabila kita berlatih dengan baik ketika sesi latihan, ia akan berlaku serta 'menjadi' di setiap perlawanan," jelas Kim Swee.
Pengguguran Muhammad Safawi mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif oleh peminat tempatan, namun apa yang pasti sebagai jurulatih, Kim Swee hanya mahukan yang terbaik buat pemain tersebut.
Adakah dengan keputusan Kim Swee ini, seluruh peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan peningkatan prestasi lebih baik daripada Muhammad Safawi pada musim 2020?.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019

Pengguguran Muhammad Safawi (gambar) mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif oleh peminat tempatan, namun apa yang pasti sebagai jurulatih, Kim Swee hanya mahukan yang terbaik buat pemain tersebut. - Gambar fail

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Kim Swee nasihat elak tekan pemain bawa pulang pingat, fokus setiap perlawanan
Kim Swee melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat sebagai antara cabaran utama dalam kejohanan berkonsepkan karnival itu.

Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.

Mereka banyak bercakap dan inginkan publisiti - Kim Swee
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

'Terima kasih coach!'
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang tahun ini.

Digugurkan... titik perubahan Safawi Rasid
Kim Swee semalam mengesahkan tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.

B-22: Keupayaan bermain di posisi berbeza keutamaan Kim Swee
Fokus Kim Swee kini adalah memberi keutamaan kepada pemain yang mempunyai kelebihan beraksi, di beberapa posisi berbeza.

Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.