IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut kecewa dengan keputusan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsung 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
KBS berpendapat, semua atlet seharusnya meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya, kata menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau sendiri telah bercakap dengan jaguh badminton itu dan menghormati keputusan perseorangan nombor lima dunia itu.
"Beliau memohon ampun dan maaf.
"Beliau sebenarnya sungguh-sungguh hendak mewakili Malaysia di Sukan Komanwel tetapi keadaan beliau, acara yang begitu padat, dan sebagainya, menyebabkan beliau terpaksa mengambil keputusan berat ini.
"Sedangkan, pada beliau, ini peluang beliau untuk beraksi di Sukan Komanwel dan peluang untuk beliau juga membawa pulang pingat emas.
"Jadi, beliau sebenarnya berasa begitu kesal tidak dapat mewakili Malaysia," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan temasya sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di sini hari ini.
Menurutnya, KBS juga meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap pemain perseorangan ketiga, Ng Tze Yong untuk mengisi slot kosong yang ditinggalkan Zii Jia.
Pada Rabu, Zii Jia menerusi sebuah video yang dikongsikan kepada media memaklumkan keputusan mengejutkan beliau menarik diri daripada Sukan Komanwel.
Perseorangan nombor lima dunia itu menyatakan sebab utama beliau mengambil keputusan itu adalah kerana kesukaran menangani jadual padat.
Selain itu, beliau juga mahu memberi fokus kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, pada 22-28 Ogos ini.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jun 25 2022
Ahmad Faizal bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Temasya Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan kali ke-70 di Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.
Zii Jia kini nombor empat dunia
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia memanjat dua anak tangga untuk berada di kedudukan keempat ranking BWF.
Terbuka Jepun: Singkir Zii Jia dan Shi Yuqi sebelum ke final, Alex Lanier kini bergelar juara
Pemain perseorangan Perancis, Alex Lanier mencipta kejutan dalam dunia badminton apabila muncul juara Terbuka Jepun.
Terbuka Jepun: Zii Jia tewas di pusingan pertama
Zii Jia gagal mengulangi prestasi baik beliau dan tewas kepada pemain ke-29 dunia, 18-21, 13-21 dalam masa 41 minit pada kejohanan Super 750 di Arena Yokohama.