BERJAYA raih dua pingat dalam kejohanan Asian Games ke-19 di Hangzhou, China, atlet penerjun negara iaitu Nur Dhabitah Sabri berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepadanya.
Menerusi video temu bual, Dhabitah turut menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan suaminya iaitu pelawak Jiggy Masin yang tidak putus mendoakan serta menjadi penyokong nombor satunya.
"Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakyat Malaysia di atas doa kalian semua. Kepada keluarga terima kasih kepada keluarga yang selama ini menyokong.
“Terutama suami saya yang tidak pernah putus doakan saya dari hari pertama saya pergi latihan di China. Dia adalah penyokong nombor satu saya, kerana doa dia saya berjaya bawa balik dua pingat," luahnya.
Sementara itu, Jiggy menerusi perkongsian di Instagram Stories turut menyampaikan ucapan tahniah kepada isteri tercinta.
"Tahniah sayang (Dhabitah), awak sudah buat yang terbaik and more to come, rileks dan chill okay," tulisnya.
Dhabitah berjaya membawa pulang pingat perak dalam kategori 3 meter papan anjal berirama bergandingan dengan Ng Yan Yee dan pingat gangsa menerusi kategori 10 meter platform berirama bergandingan dengan Datuk Pandalela Rinong.
Untuk info, Dhabitah dan Jiggy mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup pada 28 April lalu. - Gempak
Gempak
Wed Oct 04 2023
![Dia penyokong nombor satu saya... - Dhabitah Sabri Dia penyokong nombor satu saya... - Dhabitah Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696394938_dhabitah.jpg)
Dhabitah berterima kasih kepada suaminya iaitu pelawak Jiggy Masin yang tidak putus mendoakan serta menjadi penyokong nombor satunya.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Dhabitah, Ker Ying mara ke final acara 3 meter papan anjal Dhabitah, Ker Ying mara ke final acara 3 meter papan anjal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659878280_TBMASHUPDHABITA.jpg)
Dhabitah, Ker Ying mara ke final acara 3 meter papan anjal
Nur Dhabitah melengkapkan pusingan awal di tempat keenam manakala Ker Ying di kedudukan ke-10 daripada 14 penerjun.
![Tokyo 2020: Tiada pingat buat Malaysia hari ini, namun aksi Dhabitah ubati kedukaan Tokyo 2020: Tiada pingat buat Malaysia hari ini, namun aksi Dhabitah ubati kedukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627828957_Aksipenerjunnegara.jpg)
Tokyo 2020: Tiada pingat buat Malaysia hari ini, namun aksi Dhabitah ubati kedukaan
Tiada kilauan pingat kedua buat kontinjen Malaysia pada hari ke-10 Tokyo 2020 hari ini, ini rangkuman pencapaian kontinjen negara.
![Dhabitah, Yan Yee terlepas podium di Budapest Dhabitah, Yan Yee terlepas podium di Budapest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41500371002_PenerjunnegaraNur.jpg)
Dhabitah, Yan Yee terlepas podium di Budapest
Pasangan negara itu turun membawa harapan untuk meraih keputusan lebih positif selepas meraih tempat keempat dalam siri dunia yang lalu.