SEDIH melihat keadaan Kelantan FC yang makin suram dalam Liga Super, usahawan kecantikan tersohor negara, Datuk Seri Vida, percaya dirinya mampu menyelamatkan The Red Warriors daripada terus tenggelam.

Mengesahkan niatnya untuk kembali ke dunia bola sepak Pantai Timur itu, Vida memberi gambaran bahawa andai hasratnya tercapai, anak lelakinya iaitu Eric Zaquan atau dikenali sebagai 'Kacak' akan memainkan peranan utama selaku penaung kelab.

"Kelantan telah berkali-kali tukar pemilik, sampai bila nak duduk di tahap ini sahaja dan siapa pula boleh bawa bola sepak Kelantan ke tahap lebih selesa.

"Saya belum lagi bertemu Zamsaham (pemilik semasa, Norizam Tukiman). Liga sudah bermula, ada lima bulan lagi untuk habiskan musim ini.

"Saya ada dana untuk pelan 10 tahun akan datang tapi jika dana ini hanya untuk tutup hutang sekarang ini, saya rasa ada masalah sikit.

Menurutnya lagi: "Kali ini kami tidak akan buat sekadar kemudian hanya untuk lepaskan.


"Kali ini kami nak buat macam seorang bayi yang akan dibesarkan.

"Saya dan Kacak banyak berbincang dan kami juga mendapatkan pandangan beberapa jurulatih

"Satu penaja dan satu lagi penaung yang hebat. Kacak akan jadi penaung yang hebat dan saya di belakang tabir sahaja.

"Kesian bola sepak, nak tengok apa kalau lihat macam jaguh kampung." - Stadium Astro