KUALA LUMPUR: Memulakan perlumbaan di petak ke-20, pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman bangkit mempamerkan tunggangan memukau untuk menamatkan saingan Grand Prix (GP) Argentina pada Ahad dalam kelompok pungutan mata.
Syarifuddin, yang turut dikenali sebagai Damok, menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat (s), biarpun terpaksa berdepan dengan keadaan litar basah dan licin di Litar Termas de Rio Hondo itu.
Pelumba MT Helmets-MSI itu meraih lima mata pertamanya selepas dua perlumbaan, setelah bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik pada perlumbaan pertama di GP Portugal hujung minggu sebelum itu.
Perlumbaan dimenangi pelumba Jepun, Tatsuki Suzuki (35:18.099s) sementara tempat kedua menjadi milik Diogo Moreira dari Brazil (35:22.670s) dan Andrea Migno dari Itali memperoleh tempat ketiga (35:22.798s).
"Syukur alhamdulillah saya berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ke-11. Dengan keadaan litar yang agak basah saya akui agak sukar dengan keadaan yang agak licin dan beberapa pelumba di hadapan saya terjatuh membuatkan ia bertambah sukar.
"Saya amat gembira kerana dapat menghabiskan perlumbaan sekali gus meraih tempat ke-11. Ini kali pertama saya berlumba di trek ini," kata Damok menerusi kenyataan.
Damok, yang tampil buat kali pertama dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, akan meneruskan saingan kejuaraan di GP Amerika Syarikat pada 16 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Damok mempamerkan tunggangan memukau untuk menamatkan saingan GP Argentina pada Ahad dalam kelompok pungutan mata. - Foto Instagram syarifuddinazman

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.