KUALA LUMPUR:Tujuh atlet negara dan seorang pegawai pengiring sukan boccia yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 sudah dibenarkan keluar daripada Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) Hospital Sungai Buloh dan MAEPS Serdang pada Selasa lepas.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail memaklumkan kesemua individu berkenaan kini berada di Casa MSN untuk tujuan pemulihan kecergasan yang akan dilaksana Institut Sukan Negara (ISN) sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan seperti biasa.
Beliau turut mengesahkan lima pegawai MSN yang sebelum ini dikesan positif COVID-19 dibenarkan keluar daripada kedua-dua pusat kuarantin berkenaan pada Khamis.
Dua pegawai MSN yang dikesan positif COVID-19, masing-masing pada 8 dan 10 Jan lepas masih menjalani kuarantin di MAEPS Serdang manakala seorang atlet wushu negara yang disahkan positif pandemik itu pada 9 Jan masih menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Sebelum ini, MSN mengesahkan tujuh atlet negara dengan masing-masing dua atlet dari sukan olahraga, tenis berkerusi roda dan bola keranjang kerusi roda, selain masing-masing seorang atlet tenpin boling cacat pendengaran dan pegawai pengiring sukan boccia, disahkan positif COVID-19.
Dalam pada itu, Ahmad Shapawi memaklumkan kem latihan berpusat secara kuarantin melibatkan 632 atlet podium, podium para, pelapis kebangsaan dan jurulatih negara daripada 28 jenis sukan akan diteruskan seperti biasa.
Kem latihan berpusat berkenaan melibatkan lima venue iaitu Kompleks MSN Bukit Jalil, Kompleks MSN Taman Keramat, Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Pusat Latihan Kebangsaan Perahu Layar di Langkawi dan Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.
"Kem latihan berpusat MSN diteruskan setelah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 yang dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) hari ini (14 Jan) dengan syarat semua atlet dan jurulatih tidak dibenar keluar kecuali ke tempat latihan masing-masing secara terkawal," katanya.
Ahmad Shapawi berkata kemudahan pusat latihan di kesemua venue itu hanya boleh digunakan oleh atlet dan jurulatih terlibat dalam program latihan MSN manakala pergerakan keluar masuk ke premis penginapan dan latihan selain daripada atlet dan jurulatih adalah tidak dibenarkan, di samping latihan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini.
Bagi memudahkan pengawasan dan pemantauan kem latihan berpusat berkenaan, Shapawi memaklumkan MSN telah memindahkan atlet dan jurulatih para negara yang berada di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan ke Kompleks MSN di Bukit Jalil.
Seramai sembilan pegawai urusetia, 33 kru perkhidmatan kafetaria atlet serta 47 pegawai khidmat sokongan Sains dan Perubatan Sukan daripada ISN akan bertugas secara sepenuh masa sepanjang kem latihan itu.
Sementara itu, Ahmad Shapawi memaklumkan seramai 355 atlet dan jurulatih daripada 11 jenis sukan di Bukit Jalil dan Kampung Pandan dibenarkan untuk 'break camp' sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021
Kem latihan berpusat MSN diteruskan setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 pada 14 Jan dengan syarat semua atlet dan jurulatih tidak dibenar keluar kecuali ke tempat latihan masing-masing secara terkawal.
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris
Keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.