Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah memutuskan untuk melaksanakan kalendar kejohanan yang diubah suai dalam saingan Jelajah Dunia BWF musim ini susulan penularan wabak COVID-19.
Menurut BWF dalam kenyataan hari ini, pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan diteruskan seperti dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt ini.
Selepas kejohanan berprestij itu, saingan Jelajah Dunia akan disambung semula dengan kejohanan Terbuka Denmark I dan II di Odense, masing-masing dari 13 hingga 18 Okt dan 20 hingga 25 Okt.
Selepas Terbuka Denmark, BWF berkata saingan Jelajah Dunia akan diteruskan dengan tiga siri kejohanan di Asia pada November ini sebelum musim ini melabuhkan tirai pada Jelajah Dunia Akhir BWF.
Bagaimanapun, BWF belum menetapkan tarikh dan lokasi kejohanan Jelajah Dunia Akhir itu.
Menurut badan induk badminton dunia itu, semua baki kejohanan Jelajah Dunia BWF berdasarkan kalendar awal tidak akan berlangsung pada tarikh dan lokasi yang disenaraikan pada asalnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund, dalam kenyataan sama, berkata BWF dan ahli gabungannya tidak boleh menganjurkan pelbagai kejohanan musim ini sejak COVID-19 telah memberikan impak besar kepada banyak negara.
"Jadual kalendar kejohanan terpaksa diubah suai kerana urusan logistik perjalanan antara negara dan sekatan perjalanan merupakan cabaran terbesar.
"Keutamaan kami adalah kesihatan dan keselamatan semua peserta dan kami telah mengeluarkan dokumen protokol keselamatan dan prosedur operasi sebagai panduan kami dalam proses ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020

Jadual kalendar kejohanan terpaksa diubah suai kerana urusan logistik perjalanan antara negara dan sekatan perjalanan merupakan cabaran terbesar. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Soon Huat-Shevon kini nombor tiga dunia
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon yang memburu kejuaraan pertama musim ini.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.

Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia
Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025
Kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.