USAIN Bolt telah bercanggah dengan laporan media yang mendakwa dia telah didapati positif coronavirus, tetapi mengesahkan dia mengasingkan diri sebagai langkah berjaga-jaga.
Bekas pelari pecut terpantas dunia, Bolt, telah diberikan kejutan sambutan hari jadi yang ke-34 minggu lalu, dengan video dan gambar acara itu di media sosial menunjukkan mereka mengamalkan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.
Bolt, pemenang lapan pingat Sukan Olimpik, dikritik atas sambutan hari jadi tersebut hingga didakwa positif COVID-19.
Ini adalah berita daripada Bolt, yang menyiarkan video ke saluran media sosial rasminya semalam untuk mengesahkan bahawa dia telah menjalani ujian Sabtu lalu tetapi belum menerima keputusannya.
Bagaimanapun, dia sudah mengasingkan diri sebagai langkah selamat.
"Selamat pagi semua -- saya bangun hari ini dan melihat di media sosial dan tertulis bahawa saya telah disahkan positif COVID-19," kata Bolt.
"Saya telah menjalani ujian Sabtu lalu, saya telah cuba untuk bertanggungjawab dan kekal di rumah ketika ini namun masih tiada lagi simptom.
"Saya akan kekal menjalani kuarantin di rumah bagi menunggu keputusan dan melihat apa yang boleh dilakukan mengikut protokol yang ditetapkan.
"Saya juga telah menghubungi mereka yang telah bersentuhan dengan saya supaya berada dalam keadaan yang selamat dan meminta mereka untuk kekal di rumah buat masa ini.
"Selamat berada di luar sana semua."
Astro Arena
Tue Aug 25 2020

Bolt mengakui walaupun belum menerima pengesahan ujian COVID-19 yang dijalankan, dia tetap mengasingkan diri sebagai langkah selamat. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mahkamah Persekutuan akan putuskan isu undang-undang antilompat parti Pulau Pinang
Berhubung persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat.

COVID-19: Bolt tunggu pengesahan, kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga
Bolt, diberi kejutan sambutan hari jadi yang ke-34 minggu lalu, dengan video dan gambar acara itu di media sosial menunjukkan mereka mengamalkan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

Pertimbang semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM - Sivarasa
Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).