KUALA LUMPUR: Aksi pusingan pertama Piala FA antara Melaka United dan PIB FC, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada malam ini, terpaksa ditunda ke tarikh baharu berikutan kes penularan wabak COVID-19 dalam pasukan.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan 20 pemain dan pegawai Melaka United telah disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan RTK antigen.
"Oleh yang demikian, pengurusan kelab telah mengemukakan permohonan berserta laporan doktor pasukan, keputusan ujian dan MySejahtera pemain dan pegawai yang terlibat kepada MFL agar perlawanan mereka menentang PIB FC ditunda.
"MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai pasukan yang disahkan positif COVID-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh," menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu, Melaka United menerusi media sosial mengumumkan bahawa penonton yang membeli tiket perlawanan tersebut di www.tickethotline.com.my, boleh menggunakan tiket sama pada tarikh baharu perlawanan itu yang akan diumumkan nanti.
"Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada PIB dan semua pihak yang terlibat berikutan penundaan perlawanan ini. Penundaan ini adalah demi semua yang terlibat, termasuk penyokong daripada COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022
MFL menzahirkan simpati kepada barisan pemain dan pegawai pasukan yang disahkan positif COVID-19 dan mendoakan semoga mereka kembali sembuh.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
COVID-19: Aksi Piala FA Melaka United menentang PIB ditunda
MFL memaklumkan, 20 pemain dan pegawai Melaka United disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan RTK antigen.