Juara bertahan tersebut sah tidak dapat mara ke peringkat seterusnya selepas dikalahkan oleh Chile 2-0 di stadium Maracana.
Selepas persembahan memalukan itu, Alonso bertindak menyoal cita-cita dan determinasi skuad Sepanyol.
Dan Costa, pemain kelahiran Brazil yang membuat keputusan untuk mewakili Sepanyol, kelihatan langsung tidak bersetuju dengan komen-komen pemain veteran tersebut.
(AP Photo/Manu Fernandez)
"Saya tidak bersetuju dengan komen-komen Xabi," kata Costa kepada MARCA.com.
"Semua pemain di sini amat fokus untuk meraih kemenangan.
"Saya di sini kerana saya ingin meraih kejayaan, saya bercita-bercita untuk mara ke peringkat final dan beraksi secara baik, tetapi ia tidak menjadi.
"Ia amat jelas yang kami kekurangan sesuatu, tetapi kami jauh lebih bagus daripada banyak pasukan lain dari segi kualiti."