Kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei dalam dunia badminton membolehkan beliau menjadi 'role model' paling sesuai kepada pemain muda lebih-lebih lagi dalam aspek ganjaran kewangan yang diterima, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh.
"Saya nampak apa yang ditunjukkan oleh Chong Wei sudah jelas pada pemain-pemain muda iaitu kalau mereka betul-betul bersungguh berlatih dan berdisiplin, mereka boleh mencapai apa yang dicapai oleh beliau," katanya kepada media selepas majlis pelancaran laman web dan pejabat baru Konfederasi Badminton Asia (BAC) di Kuala Lumpur.
Nadzmi diminta mengulas peningkatan prestasi pemain muda negara akhir-akhir ini khususnya Liew Daren yang menjuarai Terbuka Perancis bulan lalu.
Katanya persatuan hanya dapat melatih pemain untuk menjadi pemain bertaraf dunia, bagaimanapun untuk menjadi pemain unggul yang konsisten seperti Chong Wei, pemain perlu mempunyai keazaman sendiri.
"Kejayaan Liew Daren baru-baru ini adalah detik bersejarah buat beliau untuk beliau terus maju ke hadapan. Saya harap lebih ramai lagi pemain muda akan mencapai kejayaan," katanya.
Liew Daren muncul juara Terbuka Perancis setelah mengalahkan Viktor Axelsen dari Denmark.
Kejayaan itu merupakan kejuaraan siri super pertama bagi pemain berusia 25 tahun itu.
Sementara itu Nadzmi berkata beliau masih belum memutuskan sama ada untuk bertanding jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atau tidak.
"Saya masih berfikir. Sekiranya saya mahu bertanding untuk jawatan itu, saya perlu mendapat sokongan terbanyak daripada ahli. Buat ketika ini saya belum mahu menyatakan kedudukan saya," katanya.
Laporan akhbar sebelum ini menyatakan Nadzmi tidak menolak kemungkinan untuk bertanding dalam pemilihan jawatan Presiden BWF tahun hadapan menggantikan penyandang sekarang Kang Young-joong dari Korea Selatan.
Bernama
Tue Nov 06 2012
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Aaron-Wooi Yik terpaksa lupakan Terbuka China 2024
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada menyertai Terbuka China 2024 di Changzhou.
Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Izzuddin kandas di pusingan 16, tewas kepada Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Pertemuan kali pertama antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan wakil Indonesia melakar kebangkitan untuk ke peringkat suku akhir esok.
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada 24 Sept bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.
Paralimpik Paris 2024: Kontinjen negara tidak rela kibar bendera putih
Kontinjen negara seakan belum mahu menyerah kalah bagi menggapai misi sukar menepati sasaran empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Legenda badminton bakal berentap di Piala Antarabangsa Foo Kok Keong ke-10 di Singapura
Kejohanan itu akan menampilkan pasukan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Australia, Sri Lanka dan India.
Paris 2024: Terlampau fikirkan pingat bawa padah buat Fareez
Biarpun menang set pertama, namun Fareez tidak berupaya mengekalkan momentum sebelum dikecewakan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
Paris 2024 bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang
Liek Hou mengakui masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Emas sulung negara hari ini?
Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di s