Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap filem biografi mengenai dirinya akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah untuk peminat sukan badminton di seluruh dunia.
Filem 'Rise of Legend' arahan Teng Bee itu mengisahkan sepenuhnya mengenai penglibatan awal Chong Wei dalam arena badminton sehingga menjadi jaguh terkemuka dunia.
"Saya tidak sangka kisah hidup saya sebagai pemain badminton dijadikan filem. Saya berharap filem ini menjadi inspirasi kepada semua peminat badminton tempatan dan luar negara.
"Filem ini mengisahkan cabaran kehidupan saya sebagai pemain badminton dan saya berharap dapat mendorong penonton untuk lebih suka sukan badminton dan tidak mudah berputus asa," katanya kepada pemberita selepas sidang media filem berkenaan di sini pada Khamis.
Chong Wei berkata beliau juga turun padang ketika kru produksi mengadakan sesi uji bakat bagi pemilihan pelakon bagi menjayakan wataknya.
Filem yang dirancang sejak tiga tahun lepas itu melibatkan lebih 2,000 peserta uji bakat untuk melakonkan watak Chong Wei.
Beliau turut berpuas hati dengan lakonan Tosh Chan bagi watak dewasa dan Jake Eng untuk watak ketika kanak-kanak.
Chong Wei berkata pihak produksi juga bercadang menayangkan filem tersebut di luar negara seperti Singapura, China, Taiwan dan Jepun.
Filem yang mengambil masa pengambaran 50 hari itu akan ditayangkan awal tahun depan.
Antara pelakon membintangi filem itu adalah Datuk Rosyam Nor yang memegang watak jurulatih kebangsaan Datuk Misbun Sidek, Ashley Ashley (Datin Wong Mew Choo), pelakon terkenal Singapura, Mark Lee (bapa Chong Wei, Lee Ah Chai) dan Yeo Yann Yann (ibu Chong Wei, Khor Kim Chooi).
Sementara itu, Rosyam berkata filem tersebut bukan sahaja mengisahkan perjalanan hidup Chong Wei tetapi turut memaparkan hubungan erat antara Chong Wei dan Misbun yang diibaratkan seperti bapa dan anak.
"Saya bersetuju menerima tawaran melakonkan watak Misbun kerana impak filem ini bukan fiksyen tetapi realiti. Saya percaya filem ini mampu menjadi rujukan pada masa akan datang," kata Rosyam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2017
![Chong Wei mahu kisah hidupnya jadi inspirasi Chong Wei mahu kisah hidupnya jadi inspirasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41510238699_RosyamNor.jpg)
Lee Chong Wei bergambar bersama para pelakon filem 'Rise of the Legend' pada Khamis, 9 Nov, 2017. Filem yang akan mula ditayangkan awal 2018 ini turut menampilkan Rosyam Nor, serta Yeo Yann Yann dan Mark Lee sebagai ibu bapa Chong Wei. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Olimpik Paris: Misi emas Zii Jia bermula dalam Kumpulan G Olimpik Paris: Misi emas Zii Jia bermula dalam Kumpulan G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720778941_TBZiiJia.jpg)
Olimpik Paris: Misi emas Zii Jia bermula dalam Kumpulan G
Wakil perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, mampu menarik nafas lega dalam meniti cabaran awal Sukan Olimpik Paris 2024.
![Berbasikal trek, badminton mampu jelmakan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik Berbasikal trek, badminton mampu jelmakan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681277143_TBHAMIDIN.jpg)
Berbasikal trek, badminton mampu jelmakan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik
Hamidin berkata ini berdasarkan prestasi semasa, selain pencapaian sukan berkenaan dalam beberapa kejohanan dan temasya Sukan Olimpik edisi sebelum ini.
![Lelaki maut ketika main bola keranjang Lelaki maut ketika main bola keranjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720071090_mayat.jpg)
Lelaki maut ketika main bola keranjang
Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain bola keranjang dalam kejadian di sebuah kolej swasta dekat sini pada Rabu.
![Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719891496_ZhangZhiJie.jpg)
Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC
PBSI mengambil sepenuhnya tanggungjawab dengan menguruskan penghantaran pulang mayat pemain itu ke negara kelahirannya.
![Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719891496_ZhangZhiJie.jpg)
Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung
Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.
![Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719564707_GohJinWei.jpg)
Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih
Goh Jin Wei akur dengan hakikat bahawa akan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatihnya Nova Armada.
![Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719482031_TBMediaBadminton.jpg)
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
![Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719229312_JohnathanWongGuanj.jpg)
Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik
Penembak negara Johnathan Wong menjalankan analisis terhadap kemampuan penembak lain yang bakal bersaing dalam acara 10 meter (m) air pistol di Sukan Olimpik Paris 2024, bulan depan.
![Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718835414_beregubadminton.jpg)
Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy
Beregu muda negara itu mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.
![Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024 Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718835707_RexyMainaky.jpg)
Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024
Rexy berkata, latihan tambahan itu akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia.