Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal menepati ramalan untuk mara ke saingan separuh akhir Terbuka Denmark apabila tewas kepada pemain beranking lebih rendah dari Perancis, Brice Leverdez awal pagi ini di Taman Sukan Odense.
Namun pemain beranking ke-38 dunia itu terpaksa bertungkus-lumus hampir sejam 17 minit untuk menidakkan kemaraan ikon badminton negara tersebut dengan mata 21-17, 20-22 dan 21-19.
Chong Wei sebelum ini pernah tiga kali menjuarai Terbuka Denmark iaitu pada 2005, 2006 dan 2012.
Hanya beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang masih meneruskan perjuangan Malaysia.
Mereka menewaskan beregu China Li Junhui/Liu Yuchen pada saingan suku akhir lewat malam tadi dan bakal bertemu beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Mathias Boe/Carsten Mogensen. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2016

Chong Wei sebelum ini pernah tiga kali menjuarai Terbuka Denmark iaitu pada 2005, 2006 dan 2012. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Tokyo 2020: Leverdez sedia robek hati peminat Malaysia
Leverdez melakar kemenangan straight set ke atas wakil Ukraine, Artem Pochtarov, menerusi kemenangan 21-10, 21-8, semalam.

Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
Sekiranya Zii Jia mengungguli peringkat kumpulan, beliau mungkin akan membuat perhitungan awal dengan juara bertahan Chen Long.

Chong Wei tewaskan Leverdez untuk mara ke suku akhir
Chong Wei yang turun selaku pemain pilihan ketujuh kejohanan hanya memerlukan 31 minit menundukkan Leverdez dengan 21-6 dan 21-9 untuk mara ke suku akhir Jumaat.

Chong Wei kalah mengejut kepada Leverdez di Terbuka Denmark
Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal menepati ramalan untuk mara ke saingan separuh akhir Terbuka Denmark apabila tewas kepada pemain beranking lebih rendah dari Perancis, Brice Leverde