KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mencadangkan kepada Jawatankuasa 'Road to Gold' (RTG), pelantikan legenda Datuk Lee Chong Wei sebagai pengurus pasukan bagi RTG badminton ke Olimpik Paris 2024.
BAM dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu wajar dilakukan kini memandangkan persediaan untuk Paris 2024 semakin diperhebat dengan kejohanan-kejohanan kelayakan bermula Mei ini.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan sama berkata bekas pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat Olimpik tiga kali itu adalah calon yang sesuai untuk menjalankan tugas itu berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam badminton.
"Chong Wei ialah seorang legenda dan antara pemain terhebat di dunia... Chong Wei memenuhi semua kriteria. Beliau berpengetahuan tinggi, mempunyai pengalaman sebagai pemain, tahu keperluan pemain masa kini dan dihormati pemain.
"Tiada individu lain yang lebih layak menjadi pengurus pasukan dalam usaha kita untuk mencapai impian emas di Paris," katanya.
Chong Wei yang juga anggota Panel Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) berkata beliau gembira dengan kemungkinan memimpin prospek pingat emas negara dan berjanji untuk membantu pemain Malaysia dalam misi mereka ke arah mencapai sasaran itu tahun depan.
"Memandangkan saya sudahpun sebahagian daripada Jawatankusa RTG, jika dilantik sebagai Pengurus Pasukan RTG Badminton, ini bermaksud peningkatan fokus pada badminton dan lebih masa dalam membantu secara langsung persediaan mereka.
"Ini adalah tanggungjawab yang besar, namun jika dilantik, saya sedia untuk melaksanakannya dan memainkan peranan saya untuk membantu Malaysia. Memenangi pingat emas pertama Olimpik telah menjadi agenda kebangsaan dan harapan setiap rakyat Malaysia," kata pemenang pingat perak Olimpik Beijing, London dan Rio itu.
Ikon kebangsaan itu juga menzahirkan terima kasihnya kepada Mohammad Norza atas kepercayaan, selain mengaku ia bukanlah tugas mudah dan pasukan kebangsaan juga perlu bekerja keras untuk mempamerkan aksi cemerlang pada sukan berprestij itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Chong Wei berjanji untuk membantu pemain Malaysia dalam misi mereka ke arah mencapai sasaran itu tahun depan. - Gambar fail/ Astro AWANI / Shahir Omar

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Jurulatih wanita, Jeffer Rosobin berpisah dengan BAM
Jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, selepas 16 bulan bersama badan induk itu, demikian menurut kenyataan BAM hari ini.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.