Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan bangkit semula di Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia dari 11-16 Ogos ini.
Keyakinan itu disuarakan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen walaupun Chong Wei tewas kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long di suku akhir Terbuka Taiwan minggu lalu.
Menurut Frost, Chong Wei sudah membuktikan kemampuannya masih setara dengan pemain terbaik dunia walaupun baru kembali beraksi selepas menamatkan penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping Mei lepas.
"Dia masih mempunyai kualiti untuk menewaskan Chen Long yang juga juara dunia dan pemain terbaik dunia ketika ini. Chong Wei menang set pertama dengan begitu meyakinkan dan hampir menang di set kedua.
"Saya cukup positif dengan kemampuannya dan dia tidak terjejas dengan kekalahan itu."
Pemain berusia 32 tahun itu tewas kepada musuh utamanya, Chen Long dari China 21-17, 20-22, 13-21 dalam perlawanan selama 77 minit di Taipei Arena, Jumaat lepas.
Chong Wei kini perlu fokus untuk Kejohanan Dunia bagi memperbaiki rankingnya yang kini di posisi 65, sambil mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.
Selepas menjuarai Terbuka Kanada dan Amerika Syarikat, Chong Wei pasti mampu mengutip lebih banyak mata sekiranya mara lebih jauh di Terbuka Taiwan.
Mengulas sasaran bagi pemain negara di Jakarta nanti, Morten menjelaskan fokus utama ketika ini adalah memperbaiki mutu permainan badminton negara selangkah demi selangkah, bukannya hanya untuk kejohanan tertentu sahaja.
"Pasti semua mahukan keputusan yang baik dan tentunya ia sesuatu yang menarik untuk meraikan Chong Wei sebagai juara dunia manakala pemain lain melangkah ke suku akhir.
"(Tapi) kita perlu merangkak dan berjalan sebelum berlari," katanya.
Selain Chong Wei, bekas juara remaja dunia Zulfadli Zulkiffli adalah seorang lagi pemain yang akan membawa cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan Dunia itu.
Untuk rekod, Chong Wei adalah naib juara bagi tiga edisi terakhir iaitu pada 2011, 2013 dan 2014 tetapi pencapaian tahun lalu itu dibatalkan kerana kesalahan doping yang dikesan sewaktu kejohanan berlangsung di Copenhagen.
Tiada Kejohanan Dunia diadakan pada 2012 kerana Sukan Olimpik.
Astro Arena
Wed Jul 22 2015
Chong Wei sudah membuktikan kemampuannya masih setara dengan pemain terbaik dunia walaupun baru kembali beraksi selepas menamatkan penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping Mei lepas. - Gambar Fail
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.