PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengekalkan khidmat Tan Cheng Hoe bagi membimbing skuad Harimau Malaya mengharungi baki pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Kejuaraan AFF Suzuki yang ditunda sehingga tahun depan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, badan induk itu masih memerlukan khidmat jurulatih berusia 52 tahun itu yang membantu skuad Harimau Malaya meraih keputusan positif dalam beberapa aksi persahabatan antarabangsa, selain pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 setakat ini.
“Kami akan selesaikan perkara ini (kontrak) dalam tempoh terdekat dan perbincangan masih berlangsung dengan Cheng Hoe,” katanya selepas menyampaikan taklimat kepada media berhubung pelesenan kelab dan proses pemisahan daripada Persatuan Bola Sepak (FA) kepada Kelab Bola Sepak (FC), di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya sejak Disember 2017 dan kontraknya bersama FAM dijangka berakhir Disember ini.
Dalam pada itu, Stuart memaklumkan FAM dijangka membuat keputusan berhubung perancangan skuad Harimau Malaya, termasuk aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober dan November ini, selewat-lewatnya Khamis depan.
Baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) mengambil keputusan bersama menangguhkan baki pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini, kepada 2021 susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
“Kami memerlukan sedikit masa untuk memberi penjelasan kepada pihak media dan penyokong skuad Harimau Malaya yang menunggu apa perancangan kami untuk skuad kebangsaan selepas ini.
“Kami juga dalam perbincangan dengan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) mengenai kalendar (bola sepak) tempatan untuk Oktober dan November ini yang kosong susulan penundaan tersebut, selain penyertaan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Juara-Juara Asia yang bersambung pada Oktober ini,” katanya.
FAM sebelum ini merancang mengadakan aksi pemanas badan menentang Bahrain dan Kuwait, masing-masing pada Jun dan Oktober, namun terpaksa dibatalkan susulan keputusan terbaharu daripada FIFA dan AFC.
Berdasarkan perancangan asal, Malaysia dijadual meneruskan aksi Kumpulan G pusingan kedua kelayakan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan pada 8 Oktober ini.
Skuad Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini (13 Oktober), sebelum melengkapkan jadual menentang Thailand di Bangkok, 17 November ini.
Malaysia kini berada di tangga kedua kumpulan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.
Hanya UAE yang berada di tangga keempat dengan enam mata memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.
Bernama
Fri Aug 14 2020

Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya sejak Disember 2017 dan kontraknya bersama FAM dijangka berakhir Disember ini. - Gambar fail

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Bahrain mohon tukar venue, terima ancaman penyokong Indonesia
Perkara tersebut disuarakan selepas tindakan penyokong Indonesia yang berang dengan keputusan 2-2 ketika bertemu Bahrain 11 Oktober lalu.

Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang
Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.