Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa untuk meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan, dan kesihatan.
- Mereka percaya usaha berterusan perlu dijalankan untuk manfaat bersama antara kedua-dua negara.
- Ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-Bahrain yang ke-50 akan memberikan peluang untuk memperkukuh kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi dan perbankan Islam.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.
"Moga ulang tahun hubungan diplomatik Bahrain dan Malaysia ke-50 pada tahun ini juga bakal memberi lebih banyak peluang untuk memupuk kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang selain kerjasama ekonomi serta perkongsian pengalaman terkait sektor perbankan Islam global," katanya.
Sheikh Hamad tiba di ibu negara hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara esok.
-- BERNAMA