Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memberi bayangan awal beliau akan mengekalkan sebahagian besar pemain bagi menghadapi baki beberapa perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober ini.
Jurulatih kelahiran Kedah itu berkata beliau juga akan memantau perkembangan pemain lain yang mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk dipanggil menyertai sesi latihan pusat bagi menghadapi pusingan kelayakan tersebut.
"Berikutan sudah lama mereka tidak dikumpulkan dengan kali terakhir pada November tahun lepas, saya harap mereka semua masih ada persefahaman yang baik antara satu sama lain.
"Perkara itu juga menjadi sebab kenapa saya rancang kekalkan ramai pemain utama demi memudahkan perancangan, namun saya masih melihat mana-mana pemain lain yang beraksi dengan baik bagi membolehkan saya menilai prestasi semasa mereka," kata Cheng Hoe dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia, pada Jumaat.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini mengambil keputusan menangguhkan beberapa baki perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 susulan penularan wabak COVID-19.
Berdasarkan perancangan terbaharu AFC, sekiranya mendapat kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Okt di Dubai, dan Vietnam pada 13 Okt di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam pada itu, Cheng Hoe berharap saingan Liga-M yang ditangguhkan sejak 16 Mac lepas akibat pandemik COVID-19, perlu diteruskan bagi memastikan pemain yang akan dipanggil ke sesi latihan pusat nanti dapat mengekalkan kecergasan fizikal dan mental.
Beliau menegaskan kecergasan fizikal serta motivasi pemain yang akan dipanggil bakal terjejas sekiranya saingan Liga-M dibatalkan.
"Jika liga dapat bermula pada September ini, pemain sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk mereka bersedia sepanjang tempoh beberapa bulan ini daripada sekadar melakukan latihan sendirian di rumah.
"Pemain juga dapat mencari kembali sentuhan mereka dalam soal fizikal dan kecergasan bersama pasukan masing-masing sebelum sertai pasukan kebangsaan," jelas Cheng Hoe.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
Cheng Hoe menegaskan kecergasan fizikal serta motivasi pemain yang akan dipanggil bakal terjejas sekiranya saingan Liga-M dibatalkan. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.