KUALA LUMPUR :Pemain sayap skuad B-15 wanita kebangsaan, Celine Chuang mencipta sejarah apabila menjadi pemain bola sepak wanita pertama negara beraksi dengan salah satu kelab bola sepak gergasi Jerman, FC Bayern Munich.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jumaat,
Celine, 15, beraksi untuk skuad kedua B-17 wanita FC Bayern Munich sejak Julai lalu.
Menurut Celine, dunia bola sepak telah diceburinya seawal usianya 11 tahun lagi.
“Saya memulakan latihan secara serius dalam sukan ini lebih kurang empat tahun lalu ketika berusia 11 tahun dengan Persatuan Sukan Bintang Biru (PSBB), Pulau Pinang.
“Teknik baharu serta menyeronokkan yang boleh dipelajari adalah salah satu faktor saya jatuh hati terhadap sukan ini selain membantu saya mengekalkan kesihatan minda apabila berhadapan tekanan,” kata Celine.
Celine membuat keputusan berhijrah ke negara jiran bagi menjalani latihan bersama Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) Cruzeiro di Phuket, Thailand selama dua tahun.
“Ketika mengikuti latihan di Malaysia, saya banyak mempelajari tentang asas bola sepak. Namun, di Thailand pula, latihannya lebih sengit dan mendalam kerana saya berlatih sepanjang minggu di bawah metodologi Cruzeiro,” katanya menurut kenyataan FAM tersebut.
Celine yang kini tinggal di Munich, Jerman bersama keluarga sebenarnya turut berkongsi minat sukannya itu bersama abangnya di sana.
Bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional di Liga Jerman (Bundesliga) dan Piala Dunia, Celine mengambil keputusan berani untuk menghadiri sesi pemilihan bersama kelab Bavaria itu Februari lalu.
“Beraksi dan berlatih bersama FC Wacker Munchen e.V banyak mengajar saya untuk memperbaiki teknik selain mendidik saya untuk jadi lebih berkeyakinan,” katanya berkongsi pengalamannya sepanjang empat bulan menyertai kelab itu.
Nama Celine kini mula mendapat tempat dalam kalangan penyokong bola sepak Jerman susulan kejayaannya menjaringkan satu gol untuk pasukan lelaki B-15 Wacker Munchen e.V dan satu lagi gol bersama pasukan kedua B-17 wanita FC Bayern Munich.
Celine sebelum ini telah mengutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad B-15 wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita B-15 2019 selepas menewaskan Kemboja 2-1 di Chonburi, Thailand.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Dec 11 2020
![Celine Chuang, pemain remaja wanita negara cipta nama dengan Bayern Munich Celine Chuang, pemain remaja wanita negara cipta nama dengan Bayern Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607693602_CELINEMUNICH.jpg)
Nama Celine kini mula mendapat tempat dalam kalangan penyokong bola sepak Jerman. Gambar FAM
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720406639_MichaelOlise.jpg)
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
![Euro 2024: Trofi bersama England lambang puncak kerjaya - Harry Kane Euro 2024: Trofi bersama England lambang puncak kerjaya - Harry Kane](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718491968_HarryKane.jpg)
Euro 2024: Trofi bersama England lambang puncak kerjaya - Harry Kane
Harry Kane menaruh impian untuk menamatkan kemarau trofinya dalam Euro 2024.
![Perarakan kejuaraan Real Madrid disambut meriah Perarakan kejuaraan Real Madrid disambut meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717388678_Perarakankejuaraan.jpg)
Perarakan kejuaraan Real Madrid disambut meriah
Real Madrid meraikan kemenangan Liga Juara-Juara mengelilingi ibu kota Sepanyol dalam perarakan bas atas terbuka sebelum berpesta dengan peminat di Bernabu.
![Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693185673_HarryKane.jpg)
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
![Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714521672_ViniciusJunior.jpg)
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu jaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas terima hantaran Toni Kroos.
![Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713585422_Zidane.jpg)
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
![Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713397252_BayernsJoshuaKimm.jpg)
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
![UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713236684_tbDeclanRice.jpg)
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice
Declan Rice percaya pertembungan suku akhir UCL menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal.
![Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712110605_BastianSchweinsteig.jpg)
Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger
Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.
![Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710051889_tbHarryKane.jpg)
Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern
Harry Kane mencipta sejarah Bundesliga apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich.