Chef-de-mission (CDM) Sukan SEA negara Datuk Marina Chin masih menunggu laporan rasmi mengenai atlet yang gagal mematuhi larangan keluar selepas 11.30 malam dari penginapan rasmi kontinjen negara.
Beliau berkata keputusan mengenai tindakan lanjut, iaitu sama ada memberikan amaran atau mengambil tindakan lain akan diputuskan selepas berbincang dengan pihak persatuan sukan yang terlibat.
"Tindakan akan diambil selepas mengambil kira jenis kesalahan serta laporan dan cadangan daripada pihak persatuan. Biasanya untuk kali pertama kita bagi amaran tetapi jika kesilapan berulang, kita akan ambil tindakan disiplin.
"Saya belum mendapat laporan rasmi, jadi saya rasa tidak adil untuk mengulas lanjut," katanya kepada pemberita selepas melawat latihan skuad ski air negara di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, hari ini.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo semalam dilaporkan mengesahkan terdapat dua atlet negara, iaitu daripada skuad futsal dan badminton melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, yang menjadi penginapan rasmi kontinjen negara.
Lebih 700 atlet berada di hotel berkenaan untuk kem persiapan terakhir kontinjen negara menjelang Sukan SEA dan sepanjang tempoh penginapan di situ, termasuk ketika temasya itu bermula 19-30 Ogos ini, mereka tidak dibenarkan keluar selepas 11.30 malam.
Marina, yang juga merupakan seorang bekas atlet dan pernah merangkul tujuh pingat emas dalam Sukan SEA mengingatkan semua atlet supaya menjaga disiplin dan mematuhi peraturan pada setiap masa.
"Disiplin sangat penting dan perkara begini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi selepas bertungkus-lumus selama ini. Atlet perlu rehat yang cukup, fokus dan elakkan perkara yang boleh mengganggu emosi," katanya.
Mengulas mengenai skuad ski air negara, beliau berkata skuad itu menunjukkan semangat juang yang tinggi dan yakin mereka mampu menunjukkan prestasi yang baik pada temasya dwitahunan itu nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2017
![CDM tunggu laporan rasmi atlet keluar malam CDM tunggu laporan rasmi atlet keluar malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502177271_DatukMarina.jpg)
Marina berkata keputusan mengenai tindakan lanjut, iaitu sama ada memberikan amaran atau mengambil tindakan lain akan diputuskan selepas berbincang dengan pihak persatuan sukan yang terlibat. - Foto Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Hayati Ramadan dengan disiplin dan adab, tegas hindari kecurangan - PM Anwar Hayati Ramadan dengan disiplin dan adab, tegas hindari kecurangan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710167277_solattarawihmasji.jpg)
Hayati Ramadan dengan disiplin dan adab, tegas hindari kecurangan - PM Anwar
Jadikan awal Ramadan kesempatan kita bermunajat dan meningkatkan amal serta tercapai darjat takwa.
![79 warga PDRM Terengganu terlibat salah laku, disiplin tahun lepas 79 warga PDRM Terengganu terlibat salah laku, disiplin tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672214176_LogoPDRM.jpg)
79 warga PDRM Terengganu terlibat salah laku, disiplin tahun lepas
Libatkan 16 kesalahan jenayah, salah laku (47), narkotik (lima), tidak hadir tugas (lapan), syariah (dua) dan satu kes berkaitan SPRM.
![RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660490823_IsmailSabriYaakob.jpg)
RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
![Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658367858_PenangFC.jpg)
Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi
Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan.
![Bagaimana untuk jadikan Felda hebat semula? Ini saranan Tok Pa Bagaimana untuk jadikan Felda hebat semula? Ini saranan Tok Pa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625862593_PeruMustapaMohame.jpg)
Bagaimana untuk jadikan Felda hebat semula? Ini saranan Tok Pa
Lima perkara yang perlu diberi penekanan untuk Felda kembali gah dan berada di landasan tepat menuju sasaran untuk menjadi pemain industri sawit global yang disegani menjelang 2040.
![Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621897820_Jaguhbinabadan.jpg)
Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting
Atlet berusia 48 tahun itu menggunakan penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.
![Zlatan Ibrahimovic kini di bawah siasatan UEFA Zlatan Ibrahimovic kini di bawah siasatan UEFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619491011_ZlatanIbrahimovic.jpg)
Zlatan Ibrahimovic kini di bawah siasatan UEFA
Awal bulan ini, Penerbitan Sweden Aftonbladet mendakwa Ibrahimovic berpotensi melanggar peraturan FIFA kerana keterlibatan jelas dalam syarikat perjudian Malta, Bethard.
![Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615424949_PelajarSujud.jpg)
Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM
Menurut Cikgu Hafizi, pelajar di maktab tersebut amat berdisiplin dan sangat menghormati para guru.
![Norma baharu warga Malaysia di Jepun Norma baharu warga Malaysia di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614099035_JapanJepunoutbre.jpg)
Norma baharu warga Malaysia di Jepun
Penulis berkongsi kisah pahit manis mengharungi pandemik ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan rakan taulan di tanah air.
![Muafakat Nasional Kedah selesai separuh rundingan kerusi PRU15 Muafakat Nasional Kedah selesai separuh rundingan kerusi PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609146163_MuhammadSanusi.jpg)
Muafakat Nasional Kedah selesai separuh rundingan kerusi PRU15
Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pembahagian kerusi dalam MN akan mengikut pembahagian mengikut kerusi yang dimenangi parti dalam PRU sebelum ini.