TOKYO: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin mengemukakan permohonan maaf kepada Ukraine atas insiden kecaman terhadap atlet negara itu Maksym Koval, iaitu pemenang emas acara lontar peluru F20.
Megat D Shahriman berkata beliau mengemukakan permohonan maaf itu mewakili seluruh rakyat Malaysia ketika pertemuan dengan CDM Ukraine Olena Zaitseva, yang juga Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Ukraine di sini, hari ini.
Beliau turut menjelaskan kepada Zaitseva bahawa reaksi negatif daripada segelintir individu berpunca akibat kekecewaan terhadap keputusan yang tidak menyebelahi Muhammad Ziyad Zolkefli, lebih-lebih lagi insiden itu berlaku ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos lepas.
BACA: 'Jangan kecam kawan saya dari Ukraine, dia pun ada perasaan' - Ziyad
BACA: Ziyad terlepas emas: 'Bukan masanya tuding jari kepada mana-mana pihak' - CDM
BACA: Isu emas Ziyad: Tindakan yang bakal diambil tidak akan rugikan atlet dan negara - Faizal
BACA: "Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku" - Jurulatih Ziyad
"Saya mengakui bahawa saya turut terkilan apabila mendapat keputusan penyertaan Ziyad (Muhammad Ziyad) dibatalkan kerana kesilapan teknikal. Saya percaya insiden ini telah memberi pengajaran bukan sahaja kepada saya, bahkan kepada seluruh penggiat sukan bahawasanya masa itu adalah emas, dan masa juga boleh menyebabkan kita kehilangan pingat emas yang sangat berharga.
"Dalam pertemuan singkat itu, saya yang ditemani Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) (Datuk R. Subramaniam) telah berhubung dengan CDM Ukraine bagi meleraikan kekusutan termasuk berjanji untuk mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Ukraine.
"Zaitseva turut memberi jaminan bahawa akan menyampaikan mesej permohonan maaf daripada kita buat seluruh rakyat Ukraine. Beliau mengakui kerajaan Ukraine turut kesal dengan insiden yang terjadi," katanya menerusi kenyataan.
Beliau turut berharap semua pihak dapat mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi dan hubungan baik secara profesional, dan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran supaya tidak berulang di masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021

Megat D Shahriman berkata beliau mengemukakan permohonan maaf itu mewakili seluruh rakyat Malaysia ketika pertemuan dengan CDM Ukraine Olena Zaitseva. - Gambar fail
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

CDM Malaysia mohon maaf kepada Ukraine
CDM Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin mengemukakan permohonan maaf kepada Ukraine.