PETALING JAYA: Atlet gusti lengan Calveen Petrus menyasarkan menjadi rakyat Malaysia kedua untuk merangkul pingat emas pada Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Dieppe, Perancis, September ini.
Atlet berusia 30 tahun itu yang bakal membuat penampilan kedua di kejohanan dunia, berkata mahu mengikut jejak langkah rakan senegara Joffey Jolly yang memenangi kejohanan berkenaan pada 2019 di Rumia, Poland.
Beliau berjanji untuk menampilkan aksi terbaiknya di kejohanan berkenaan, sekali gus memberi saingan sengit kepada peserta lain.
"Selepas ini akan balik kampung di Sabah dan rehat dalam dua minggu. Selepas itu akan mula jalani latihan bersungguh-sungguh di gym berdekatan dengan rumah," katanya selepas merangkul gelaran Kejohanan Gusti Lengan Asia 2022 di sini, semalam.
Beliau muncul juara kategori senior keseluruhan (lengan kiri) dan kategori senior 105 kilogram (kg) pada hari pertama kejohanan.
Calveen berkata beliau tidak menyangka akan memenangi kejohanan berkenaan memandangkan ini adalah penyertaan kali pertamanya.
"Saya hanya fokus untuk dapat emas bagi acara tangan kanan tetapi tidak jangka untuk dapat piala overall sebab tangan kiri bukan tangan yang kuat untuk saya," katanya yang juga dijangka memberi saingan sengit bagi kategori tangan kanan esok.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms) Mohd Zil Fadli Abd Halim berkata beliau gembira kejohanan itu berjalan lancar selain mendapat sambutan menggalakkan dari negara lain.
Mohd Zil berkata beliau berpuas hati dengan prestasi atlet negara yang menunjukkan peningkatan kualiti walaupun sudah dua tahun tidak bertanding dalam mana-mana pertandingan.
"Hari ini hari pertama kategori tangan kiri, jadi kita ada lebih kurang 125 penyertaan tangan kiri dari lapan negara sebab lebih banyak yang akan masuk tangan kanan esok. Jadi, saya menjangkakan saingan sengit bagi kategori esok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Calveen, atlet gusti lengan dari Sabah, berjanji menampilkan aksi terbaiknya di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2022 di Dieppe, Perancis, September ini. - Foto Sinar Harian
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
Calveen sasar emas di kejohanan gusti lengan dunia
Dia mahu mengikut jejak langkah rakan senegara Joffey Jolly yang memenangi kejohanan berkenaan pada 2019 di Rumia, Poland.