Kegagalan menahan asakan lawan dan mengawal tekanan menjadi punca Chong Wei Feng 'bungkus awal' pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di Ballerup Super Arena, di sini, awal pagi tadi.

Perseorangan lelaki kedua negara itu bermula cemerlang pada set pertama dengan mata 21-17, sebelum kecundang 22-24 dan 16-21 kepada lawan dari England, Rajiv Ouseph di pusingan kedua.

Pemain kidal itu mengakui, dia agak gugup ketika ketinggalan pada set ketiga sehingga menyebabkan pihak lawan mengutip mata mudah untuk meraih kemenangan.

"Saya tidak beraksi baik ketika sedang mendahului lawan pada set ketiga sebelum lawan berjaya mengurangkan jurang mata dengan saya.

Mungkin saya hilang fokus selain banyak memberi tekanan kepada diri sendiri...saya akui perlawanan pertamanya biasanya agak sukar bagi saya dalam mana-mana kejohanan"" katanya.