Ia, sekali gus, memecahkan rekod dunia langganan diperoleh terbanyak dalam tempoh sejam.
Platform baru Ronaldo itu dibuat untuk memberikan peminat gambaran sekilas mengenai kehidupan yang dijalaninya bersama pasangannya, Georgina Rodriguez.
Dalam salah satu video pertama mereka, pasangan itu mendedahkan beberapa rahsia mereka dalam permainan Mr and Mrs.
Ronaldo juga berkongsi beberapa minatnya dalam video lain, dan memberikan pandangannya tentang NFL lawan NBA, tinju lawan UFC dan Rafael Nadal lawan Novak Djokovic.
Dalam masa empat jam, saluran barunya itu telah mencecah lebih empat juta langganan.