KUALA LUMPUR: Atlet Wilayah Persekutuan Bryan Leong boleh tersenyum gembira apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara renang 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan masa 53.32 saat (s) dan merangkul pingat emas dalam acara itu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di sini pada Khamis.
Pencapaian dilakar atlet berusia 19 tahun itu di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, di sini menyaksikan dia berjaya meleburkan rekod lama 53.33s yang dicipta bekas perenang negara, Daniel Bego di Kejohanan Dunia di Rome, Italy pada 2009.
Bryan mengakui tidak menyangka mampu memadam rekod kebangsaan milik idolanya, namun gembira kerana sudah menghadiahkan Wilayah Persekutan empat pingat emas di temasya itu.
"Saya bagaikan tidak percaya dan tidak menjangka untuk memecahkan rekod kebangsaan, ia merupakan satu rekod kepantasan oleh Daniel sejak 2009, ia sangat mengujakan dan saya gembira kerana dapat memecahkan rekod itu hari ini.
Ia hanya berbeza 0.01 saat jadi ia seumpama saya mencatatkan rekod peribadi terbaik saya dan rekod kebangsaan. Di Hanoi, saya juga memecahkan rekod kebangsaan 50m gaya bebas dengan beza hanya 0.01 saat ia merupakan satu rahmat di sebaliknya ia sungguh bermakna kepada saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Pingat perak acara itu dimenangi atlet Selangor Ng Tze Xiang dengan catatan masa 54.72s dan Leow Zheng Yong dari Melaka yang merakam 55.82s terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa.
Sebelum ini, Bryan telah mengutip tiga emas masing-masing dalam acara 50m kuak kupu-kupu, 50m kuak dada dan 4x100m gaya bebas.
Seterusnya dia akan beraksi dalam dua lagi acara hari ini iaitu dalam 50m gaya bebas dan 4x100m individu rampaian.
"Selepas Sukma saya akan balik sambung belajar di England dalam masa sama terus berlatih sebab tahun depan banyak kejohanan iaitu Kejohanan Dunia, Sukan SEA tetapi perlu berusaha untuk kelayakan masa bagi mewakili Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Atlet Renang Wilayah Persekutuan Xin Ren Bryan Leong ketika beraksi dalam acara Akhir 100 Meter Gaya Kupu- Kupu Lelaki. - Foto BERNAMA
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.
PPS di Saratok masih dibuka, tempatkan 91 mangsa banjir
Setakat 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.