Ia juga merupakan kejuaraan utama pertama Brazil sejak memenangi Copa America pada 2007.
Gol Brazil dijaringkan Everton Soares, Gabriel Jesus dan Richarlison masing-masing pada minit ke-15, 45 dan 90.
Manakala gol saguhati Peru dijaringkan Paolo Guerrero pada minit ke-44.
![Ia merupakan kejuaraan utama pertama Brazil sejak memenangi Copa America pada 2007.- Foto AP](http://img.astroawani.com/2019-07/51562544079_freesize.jpg)
Bagaimanapun perlawanan akhir ini dicemari satu layangan kad merah ke atas Jesus yang sebelum ini turut membantu mencipta jaringan selain menjaringkan satu gol.
Kejuaraan itu juga merupakan yang pertama buat jurulatih Adenor Leonardo Bacchi atau Tite selepas mengemudi Brazil sejak tiga tahun lalu.