NUNO Espirito Santo menyifatkan bola sepak sebagai "sukan paling kejam" tetapi bersedia untuk menghadapi cabaran baru selepas dipecat Tottenham minggu lalu.
Pengurus berbangsa Portugis itu hanya dapat mengendalikan pasukan itu menghadapi 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ditamatkan perkhidmatan.
Dia yang mengikat kontak dua tahun bersama Spurs pada penghujung Jun lalu, kini digantikan oleh bekas ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte.
Bekas pengurus Wolves itu akhirnya bersuara dalam satu kiriman Instagram dan berjanji akan belajar daripada pengalaman peritnya itu.
"Wah, beberapa minggu lalu benar-benar amat sibuk," katanya dalam kiriman itu.
"Inilah bola sepak, sukan paling kejam. Hanya beberapa minggu lalu saya dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan dan tidak lama selepas itu, saya disingkirkan Spurs.
"Inilah kehidupan, saya akan melangkah ke depan dan mencari cabaran seterusnya.
"Saya mahu berterima kasih kepada penyokong Spurs. Sewaktu saya menyertai kelab ini, saya meletakkan visi untuk memenangi trofi tetapi segala-galanya tidak berlaku seperti yang dirancang.
"Kesemua itu memberikan kita pengajaran untuk hidup. Saya berharap dapat terus berhubung dengan anda semua dan terima kasih sekali lagi atas sokongan beterusan anda semua," katanya.
Sebagai rekod, Nuno meninggalkan pasukan itu ketika Spurs berada di tangga kelapan EPL dengan memenangi lima dan tewas lima daripada keseluruhan 10 perlawanan musim ini.
Astro Arena
Wed Nov 10 2021
NUNO: Hanya beberapa minggu lalu saya dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan dan tidak lama selepas itu, saya disingkirkan. Inilah kehidupan. - Foto Astro ARENA
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Huni tangga ketiga tidak beri sebarang makna buat Forest - Nuno Santo
Forest mendahului menerusi Chris Wood sebelum Callum Hudson-Odoi dan Ola Aina menambah dua lagi selepas Edson Alvarez dibuang padang.
Bola sepak sukan paling kejam, kata Nuno selepas disingkir Spurs
Pengurus berbangsa Portugis itu hanya dapat mengendalikan pasukan itu menghadapi 10 perlawanan EPL sebelum ditamatkan perkhidmatan.
Tottenham tidak perlu bermegah kepalai EPL, kata Nuno
Son Heung-min menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma ketika mengumpan bola ke dalam kotak penalti.
Tottenham perlu sedia kehilangan Harry Kane - Pengurus
Kane tidak diturunkan dalam skuad Spurs untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang juara Manchester City.