SELEPAS kecewa dalam dua edisi lalu, Malaysia menebus kegagalan dalam acara bola sepak Sukan SEA apabila berjaya ke final edisi tahun ini selepas menewaskan seteru tradisi, Indonesia.

Biarpun ada yang merungut dengan corak permainan skuad negara yang dilihat tidak di prestasi sebenar seperti ketika menentang Myanmar di peringkat kumpulan, namun kemenangan 1-0 itu sudah cukup memberi kegembiraan buat penyokong Harimau Malaya.

Seperti biasa, keterujaan penyokong itu disuarakan ke laman sosial.

BACA: Thanabalan muncul wira, bawa Malaysia ke final bola sepak




Turut dipuji adalah semangat kesukanan yang dipamerkan pemain muda Malaysia selepas wisel penamat ditiupkan pengadil.




Dan tentu sekali, penghargaan buat N.Thanabalan, yang menyumbat gol kemenangan Malaysia.





Malaysia bakal bertemu Thailand dalam perlawanan akhir 29 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil.