BEKAS Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Paul Mony Samuel, meninggal dunia di pusat perubatan KPJ Damansara malam tadi.
Mayat mendiang dibawa pulang ke kediamannya di Nombor 4, SS 3/94 Petaling Jaya dan upacara pengebumian akan dijalankan dalam masa terdekat.Perkara itu diumumkan oleh FAM melalui akaun Facebook rasminya sebentar tadi.
Mony, 72, yang sebelum ini menghidap penyakit Parkinson lebih daripada 10 tahun meninggalkan seorang balu, Kristine, dan anak lelaki, Andrew.
Mendiang bertugas sebagai Setiausaha Agung FAM dari1988 hingga 2000 dan memiliki pengalaman hampir 30 tahun dalam sukan bola sepak.