BEKAS pemain bola sepak Manchester United, Park Ji sung dan isterinya Kim Min Ji dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua November depan.

Menurut laporan Allkpop, berita gembira itu diberitahu oleh Ji Sung menerusi akaun Facebook ‘JS Foundation’.

“Kami bakal menerima kehadiran Dumpling! Dumpling bakal dilahirkan pada November depan dan Dumpling merupakan nama gelaran untuk anak kedua kami.

“Min Ji kini sedang hamil empat bulan. Isteri saya dan Dumpling kedua-dua berada dalam keadaan sihat.

“Disebabkan berita gembira ini juga membuatkan saya berasa bahagia setiap hari. Kami rasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh anda semua dan kami berjanji akan menjadi ibu bapa yang baik,”
tulisnya.

Bagaimanapun jantina anak kedua mereka masih lagi dirahsiakan.

Pasangan ini berkahwin pada 27 Julai 2014 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Yeon Woo pada November 2015.