Bekas pemain bola sepak kebangsaan Yahya Jusoh, 61, meninggal dunia di sini hari ini akibat kanser prostat.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira 4.50 petang.
Anak Allahyarham, Hazim Yatimi berkata sebelum itu, bapanya mengadu sakit setelah demam beberapa hari lepas.
Beliau berkata selepas Subuh tadi, Allahyarham mengadu sesak nafas sehingga memaksanya memanggil doktor datang ke rumah mereka pada kira-kira 9 pagi.
"Sejurus menerima rawatan, doktor menyarankan supaya saya bawa bapa ke hospital kerana keadaannya semakin teruk," katanya ketika ditemui di Taman Permint Jaya Chendering di sini.
Hazim Yatimi berkata meskipun sedih, mereka sekeluarga reda memandangkan Allahyarham sudah lama menghidap penyakit saraf, iaitu sejak 2009.
Yahya, yang merupakan pemain seangkatan dengan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari, meninggalkan seorang balu, Normah Alias, 60, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki serta tiga cucu.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya. Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Datuk Che Mat Jusoh.
Sementara itu, Che Mat menganggap pemergian Yahya satu kehilangan besar dalam arena bola sepak negara.
"Allahyarham seorang yang baik, sama ada di dalam atau di luar padang. Saya dah kenal lama dia dan pernah melawatnya sewaktu dia sakit dahulu. Kehilangannya memang amat dirasakan," katanya.
Jenazah Yahya, yang juga bekas tonggak pertahanan Terengganu pada era 70-an dan 80-an, dijangka disemadi pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Batu Burok di sini.
Bernama
Tue Apr 30 2013
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, 2,039 orang di PPS
Pertambahan itu direkodkan pada jam 11 malam tadi berbanding jumlah yang dilaporkan pada 8 malam iaitu seramai 1,018 mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Tumpuan Rabu – 18 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
AWANI 7:45 [17/09/2024] - Definasi halal semakin berkembang | Tiada sejarah ke luar negara | Ibu bapa sudah dikenal pasti | Jumlah mangsa meningkat
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
AWANI Ringkas: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope meninggal dunia
Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope, dilaporkan meninggal dunia pagi tadi akibat barah.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Yahya Jusoh meninggal dunia
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Yahya Jusoh, 61, meninggal dunia hari ini akibat kanser prostat.