Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook Football Tasmania, hari ini.
Selain terkenal sebagai jurulatih Selangor, mendiang yang dilahirkan di Preston Lancashire, England pernah menjadi jurulatih Malaysia pada 1992-1993.
Sumber Facebook footballtas
Football Tasmania dalam satu kenyataan memaklumkan mereka turut bersedih mendapat perkhabaran pemergian Worden.
“Mendiang merupakan bekas pemain yang pernah mewakili Tasmania pada era 1970-an, kemudian mengembangkan kariernya dalam bidang kejurulatihan bersama kelab itu,” jelas kenyataan itu.
Worden kemudiannya mengendalikan pasukan kebangsaan Malaysia dan Singapura.
Sepanjang berkhidmat di Malaysia, mendiang telah mengendalikan beberapa pasukan di negara ini termasuk Selangor, Sabah dan Terengganu.