KUALA LUMPUR: Bekas jaguh pelari kebangsaan S. Sabapathy meninggal dunia pada usia 75 tahun awal pagi tadi.
Berita pemergian atlet yang pernah beraksi dalam kategori 4x400 meter (m) di Olimpik Munich 1972 itu dikongsikan anak sulung mendiang, P. Mahaletchumy ketika dihubungi Bernama.
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.
"Ayah meninggal dunia pada 4.45 pagi. Sebelum ini, dia sukar untuk bernafas selain keadaan buah pinggangnya turut bermasalah," katanya.
Mendiang akan dibawa ke krematorium di Mantin, Negeri Sembilan esok.
Mendiang meninggalkan isterinya G. Maliga, 66, dan dua anak perempuan.
Sabapathy pernah memperoleh emas acara 4x100m dalam Sukan SEA di Singapura pada 1973.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang. - Gambar fail
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.
Bekas atlet Olimpik S. Sabapathy meninggal dunia
Bekas jaguh pelari kebangsaan S. Sabapathy meninggal dunia pada usia 75 tahun awal pagi tadi.