KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menganjurkan kejohanan ranking dalaman remaja dari 23 hingga 27 Ogos ini bagi memastikan pemain remaja sentiasa berupaya beraksi berikutan kurang menyertai kejohanan antarabangsa akibat pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM Datuk Ng Chin Chai berkata kejohanan yang dijadualkan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) disasarkan untuk memberi motivasi kepada pemain muda untuk kekal berdaya saing.
Beliau berkata 59 pemain remaja negara akan bertanding dalam tiga kumpulan kategori umur - Bawah (B) -18, B-16 dan B-14 untuk slot perlawanan "play off" dari 30 hingga 31 Ogos ini dan berpeluang untuk diletakkan dalam skuad senior.
"Kejohanan sedemikian akan mendedahkan pemain-pemain ini kepada keadaan menyerupai pertandingan sebenar selain daripada memberi peluang kepada kami menilai prestasi mereka. Ini adalah penting supaya pemain terus mencabar dan meningkatkan keupayaan mereka sendiri.
Bahkan kejohanan ini akan digunakan untuk menentukan ranking pemain bagi tujuan pemilihan dan penyertaan kejohanan antarabangsa sekitar Oktober dan November di Eropah," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Chin Chai berkata ia merupakan kejohanan ranking dalaman remaja kedua tahun ini, selepas kejohanan pertama berlangsung April lepas, sambil menambah pemain kategori Bawah 16 dan Bawah 18 telah menjalani latihan intensif beberapa minggu lepas selepas melaporkan diri di akademi sejak akhir Julai.
Sementara itu, pemain remaja kebangsaan Muhd Fazriq Mohd Razif juga teruja untuk kembali beraksi sejak kejohanan antarabangsa terakhir yang disertainya di Slovenia dan Austria.
"Kekurangan kejohanan memberi kesan kepada kecergasan kami tetapi latihan di sini (ABM) membantu kami untuk kembali cergas. Jurulatih kami memantau menerusi aplikasi Zoom," kata Muhd Fazriq.
Muhd Fazriq yang merupakan anak lelaki bekas jaguh beregu lelaki negara Datuk Mohd Razif Sidek mengakui kejohanan dalaman juga adalah mencabar kerana pemain lawan adalah rakan sepasukan dan mereka mengenali satu sama lain.
"Rakan sepasukan saya sudah pasti akan melakukan yang terbaik untuk memburu slot kejohanan luar negara begitu juga saya, saya akan berikan yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Muhd Fazriq (kanan) teruja untuk kembali beraksi sejak kejohanan antarabangsa terakhir yang disertainya di Slovenia dan Austria. - Foto Facebook Badminton Association of Malaysia
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.