KUALA LUMPUR: Pelan penstrukturan semula barisan kejurulatihan dan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka diputuskan esok.
Timbalan Pengarah Kejurulatihan BAM Rexy Mainaky berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang dipengerusikan oleh Datuk Kenny Goh.
“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana Selasa baru ada mesyuarat C&T. Selepas itu baru kami tahu (perincian dan pelan penstrukturan semula),” jawabnya ringkas ketika ditemui selepas majlis penutup kejohanan Purple League Pro-Am 2021 (PLPA), semalam.
Khamis lepas, Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata penstrukturan semula akan dilakukan berikutan prestasi tidak menentu yang ditampilkan skuad kebangsaan pada sembilan kejohanan terakhir bermula dengan Piala Sudirman di Vantaa, Finland, September lepas.
Rexy turut menjelaskan bahawa gandingan pemain beregu campuran Chan Peng Soon, yang merupakan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 bersama Valeree Siow, belum dimuktamadkan.
"Setakat ini Peng Soon berpasangan dengan Valeree, (tetapi) itu kami masih perlukan masa untuk mereka lebih satu hati, mengerti (memahami) satu sama lain. Gandingan belum muktamad," kata bekas juara dunia dan Olimpik dari Indonesia itu.
Ditanya mengenai perancangan bagi pemain elit pada tahun depan, beliau berkata kempen 2022 dijangka bermula dengan siri kejohanan di Eropah menerusi Terbuka Jerman dari 8-13 Mac, All England (16-20 Mac) dan Terbuka Switzerland (22-27 Mac), sebelum beralih ke Asia untuk Piala Thomas dan Uber (8-15 Mei).
Sementara itu, Rexy berkata beliau mahu mengadakan perbincangan dengan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang tidak mempamerkan aksi yang konsisten sejak meraih gangsa Olimpik Tokyo 2020 lalu.
Rexy menjelaskan bahawa penanda aras mara ke separuh akhir bagi setiap kejohanan yang diletakkan beliau bagi beregu nombor tujuh dunia itu, adalah berdasarkan ranking dunia mereka, yang beliau percaya setiap pemain yang menghuni ranking 10 teratas sepatutnya menumpukan kepada usaha mencabar kejuaraan.
"Kita lihat beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi muncul juara Kejohanan Dunia dan Jelajah Dunia Akhir BWF berturutan sebelum ini. Sekiranya Aaron-Wooi Yik beraksi dengan konsisten dan fokus, mereka boleh mengalahkan beregu Jepun itu, ini saya bukan main cakap sahaja, tetapi berdasarkan kemampuan mereka.
"Ini bukan satu tekanan buat mereka, tetapi sebagai cabaran kerana untuk menjadi pemain bertaraf dunia, mereka harus membuat sesuatu yang mencabar. Ia akan memotivasikan mereka untuk menjadi lebih baik," katanya sambil menambah akan berjumpa Aaron-Wooi Yik selepas mereka balik daripada bercuti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021

Timbalan Pengarah Kejurulatihan BAM Rexy Mainaky berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang dipengerusikan oleh Datuk Kenny Goh. - Gambar fail

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.

Jurulatih wanita, Jeffer Rosobin berpisah dengan BAM
Jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, selepas 16 bulan bersama badan induk itu, demikian menurut kenyataan BAM hari ini.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.