KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula mengorak langkah berani dengan mempertaruhkan lebih ramai pemain muda dalam beberapa kejohanan utama selepas ini, termasuk Piala Sudirman, Thomas dan Uber.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata ia penting untuk menyediakan skuad bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, mengambil kira kitaran Olimpik kali ini lebih pendek susulan temasya Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan selama setahun akibat pandemik COVID-19.
Beliau turut memberikan bayangan supaya tidak terkejut jika pemain-pemain muda seperti Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin atau pemain berusia 17 tahun Justin Hoh disenaraikan untuk saingan tersebut.
Choong Hann berkata mengikut peracangannya, fasa pertama untuk kitaran Olimpik seterusnya meliputi tempoh 20 bulan, diikuti tempoh kelayakan setahun ke Paris 2024 bermula Mei 2023.
"Jadi tempoh 20 bulan itu adalah waktu kita membariskan atau tentukan kombinasi calon-calon yang kita utamakan, yang mana kita berikan platform dan peluang pertandingan dan juga tunjuk ajar untuk mereka sampai ke tahap ranking cukup, untuk memasuki mana-mana kejohanan apabila sampai fasa dua.
"Dengan pasukan lebih muda ini, memang kita agak ketinggalan kalau bandingkan dengan negara yang lebih maju seperti Jepun dan Indonesia, tapi saya percaya pemain kita dapat pamerkan elemen kejutan kali ini, menunjukkan bahawa apa yang mereka ada itu membawa masa depan yang bagus untuk negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian insentif BAM kepada pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, pada Khamis.
Choong Hann berkata pihaknya masih dalam proses penilaian pemain berdasarkan keputusan dan prestasi dalam kejohanan ranking dalaman yang berakhir Jumaat, sebelum menamakan skuad negara.
Juara All England Lee Zii Jia serta gandingan Aaron-Wooi Yik dijangka mengetuai bahagian perseorangan dan beregu lelaki, manakala Pearly Tan-M. Thinaah pula mungkin diketengahkan sebagai gandingan utama beregu wanita berikutan persaraan mengejutkan Chow Mei Kuan pada bulan lepas.
Beliau berkata pihaknya juga sedang mencuba beberapa gandingan yang sesuai bagi pasangan Mei Kuan, Lee Meng Yean kerana pengalamannya boleh membantu skuad negara tetapi masih di peringkat percubaan dan penilaian.
Piala Sudirman adalah kejohanan berpasukan campuran dijadual berlangsung di Vantaa, Finland bermula 26 Sept hingga 3 Okt, diikuti Piala Thomas dan Uber di Aarhus, Denmark pada 9-17 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
![BAM ambil langkah berani pertaruh lebih ramai pemain muda ke kejohanan utama BAM ambil langkah berani pertaruh lebih ramai pemain muda ke kejohanan utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599998599_ABM.jpg)
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata ia penting untuk menyediakan skuad bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024. -Gambar fail/BERNAMA
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![BAM sedia bantu Jin Wei - Michelle BAM sedia bantu Jin Wei - Michelle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719990068_TBKEJOHANANPETRON.jpg)
BAM sedia bantu Jin Wei - Michelle
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia memberikan bantuan diperlukan oleh pemain profesional wanita negara Goh Jin Wei dalam persiapannya menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
![BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028 BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028
BAM mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PA dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik menjelang LA28.
![Peng Soon-Yee See ucap selamat tinggal kepada arena badminton negara Peng Soon-Yee See ucap selamat tinggal kepada arena badminton negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665190274_PengSoonYeeSee.jpg)
Peng Soon-Yee See ucap selamat tinggal kepada arena badminton negara
Chan Peng Soon-Cheah Yee See mengucapkan selamat tinggal kepada "lubuk rezeki" mereka setelah meraih pelbagai kejayaan di peringkat dalam dan luar negara.
![Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715860454_TBPerodua.jpg)
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
![BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup' BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715807279_MohamadNorzaZakaria.jpg)
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
![Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702097713_TBRexyMainaky.jpg)
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya? BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715695344_HendrawanSugianto.jpg)
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
![Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714219890_KemBadminton.jpg)
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
![Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714133123_badminton.jpg)
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
![Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710629654_tbbadminton.jpg)
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.