Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah ada perancangan membantu pemain muda negara yang dianggap sebagai 'generasi sandwic', bagi menghadapi cabaran dalam transisi mereka untuk diserapkan dalam skuad senior.
Beliau berkata ini kerana pemain baru 'dinaikkan' ke skuad senior akan menjadi 'generasi sandwic', yang belum bersedia mencabar pemain berpengalaman dan handal seperti Datuk Lee Chong Wei, tetapi sudah mula diasak pemain junior yang berusaha mengambil alih tempat mereka.
"Di peringkat junior, mereka hanya lawan dengan pemain berumur 18 atau 17 tahun, tetapi di peringkat senior ada pemain daripada pelbagai peringkat umur... ada juga pemain sama umur dari negara lain yang tidak serius di peringkat junior, tetapi kemudian menjadi bagus seperti dari England dan Sepanyol.
"Segelintir pemain muda ini, jika tidak bersedia akan hilang arah dan kecewa. Jadi yang penting ialah persiapan mental selain ketahanan fizikal dan stamina untuk bersaing di peringkat senior. Mereka perlu bersedia berdepan kekalahan, berusaha keras dan sentiasa memperbaiki prestasi, jangan harapkan kejayaan segera apabila berada dalam skuad senior.
"Apabila Pengarah Kejurulatihan baharu Wong Choong Hann mula melapor diri, beliau menerangkan tentang generasi sandwic ini dan berusaha menanganinya," kata Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, Ng Chin Chai kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, selepas menyambut kepulangan skuad negara daripada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Kanada.
Barisan pemain muda negara menunjukkan prestasi membanggakan apabila pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei meraih gelaran dunia keduanya selepas gelaran sulung pada 2015, manakala pasangan beregu wanita, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei muncul naib juara.
Chin Chai yang juga Setiausaha Agung BAM juga mengesahkan kesemua pemain dari skuad ke Kejohanan Dunia itu akan diserapkan ke peringkat senior kebangsaan, termasuk satu-satunya pemain profesional dalam skuad berkenaan, Aidil Sholeh Ali Sadikin.
"Saya bangga dengan pencapaian pemain junior kita kerana ini satu titik permulaan yang baik untuk mereka memasuki skuad kebangsaan. Kecuali Jin Wei, Pearly Tan dan Toh, pemain lain akan ada tempoh percubaan dan setiap tiga bulan kita akan menilai semula.
"Semua pemain di peringkat senior kecuali di bawah percubaan, akan dihantar menyertai sekurang-kurangnya 10 kejohanan antarabangsa," katanya.
Beliau turut mengakui pasukan remaja wanita menunjukkan prestasi baik selepas dua dekad, dan mencapai tahap sama dengan skuad lelaki.
Ketua jurulatih skuad remaja negara, Kwan Yoke Meng pula berharap pemainnya yang bakal 'naik pangkat' ke peringkat senior, akan terus bekerja keras dan mempamerkan prestasi cemerlang.
"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain di Kanada, kerana selain kejayaan mara ke final perseorangan dan beregu wanita, pemain kita juga layak ke suku akhir dalam lima kategori lain dengan mengejutkan pemain pilihan. Ini petanda baik untuk BAM.
"Selepas ini, saya rasa kena beri masa kepada mereka untuk bersedia ke peringkat senior...sekurang-kurangnya dua tahun bagi mereka mendapat pendedahan, pengalaman, keupayaan dan ketahanan untuk meningkat naik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018

CHIN CHAI: Yang penting ialah persiapan mental selain ketahanan fizikal dan stamina untuk bersaing di peringkat senior. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.