LIONEL MESSI tidak pasti rekodnya akan dapat diatasi mana-mana pemain selepas bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan Argentina itu memenangi Anugerah Ballon d'Or buat kali ketujuh awal pagi tadi.
Messi kekal selaku pemenang terbanyak anugerah pemain terbaik itu selepas memenangi gelaran ketujuhnya di Paris manakala penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski, pula memenangi Anugerah Penyerang Terbaik Tahunan dan menduduki kedua senarai undian Ballon d'Or.
Ramai menjangkakan Lewandowski akan memenangi anugerah individu tertinggi itu selepas edisi 2020 terpaksa dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, di mana bintang Bayern itu menghasilkan 53 gol daripada 42 penampilan sepanjang 2021 -- rekod tertinggi berbanding mana-mana pemain dalam kesemua kejohanan melibatkan lima liga utama Eropah.
Tetapi Messi berhasil melebarkan rekodnya selepas membantu Argentina menamatkan kemarau kejuaraan Copa America -- trofi pertama negaranya sejak 28 tahun lalu -- selain menghasilkan 32 gol dan 12 bantuan jaringan sepanjang 40 penampilan bersama Barcelona dan PSG sepanjang tahun ini.
"Saya tidak pasti sama ada rekod ini mampu diatasi atau tidak, saya hanya perlu menerimanya," kata pemain berusia 34 tahun itu kepada wartawan.
"Sejujurnya, saya tidak pasti rekod tujuh gelaran Ballon d'Or ini mampu diatasi.
"Tetapi tujuh gelaran ini benar-benar menakjubkan dan saya benar-benar gembira untuk memenanginya di Paris.
"Mengambil kira (bintang Liverpool) Mohamed Salah, (Robert) Lewandowski akan memiliki peluang dalam tahun-tahun mendatang, kedua-dua pemain itu benar-benar berada dalam prestasi terbaik setakat ini dan mereka akan memiliki peluang untuk memenangi trofi ini," katanya.
Sebagai rekod, Messi menjaringkan empat gol dan mencipta lima bantuan jaringan untuk membantu Argentina memenangi gelaran Copa America pertama sejak 1993.
Astro Arena
Tue Nov 30 2021
Messi kekal selaku pemenang terbanyak anugerah pemain terbaik itu selepas memenangi gelaran ketujuhnya di Paris. - Foto Astro AWANI
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
Copa America: Argentina rehatkan Lionel Messi jumpa Peru
LIONEL Messi akan direhatkan sempena pertemuan Argentina dengan Peru dalam Copa America, pagi esok, sementara hukuman penggantungan menafikan kelibat ketua jurulatih, Lionel Scaloni, di tepi padang.
Copa America: Lionel Messi bersederhana sambut hari jadi ke-37
Lionel Scaloni bersimpati dengan Lionel Messi selepas dia akan menghabiskan satu lagi hari kelahirannya jauh dari kampung halaman.
Messi tidak pasti mengenai penyertaan Piala Dunia 2026
Lionel Messi telah menimbulkan keraguan mengenai peluangnya untuk bermain di kejohanan utama ke-13 untuk Argentina pada Piala Dunia 2026.
Cristiano Ronaldo: 14 kasut emas di usia 39 tahun
Ronaldo sudah memenangi 14 gelaran penjaring terbanyak dalam enam kejohanan berbeza sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
MLS: Lionel Messi tidak ambil masa lama untuk kembali meledak
Lionel Messi kembali menjaringkan gol dalam kepulangannya selepas mengalami kecederaan buat pasukannya Inter Miami.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
“Umur tidak akan menentukan bila saya bersara"- Messi
Messi juga belum tahu apa yang akan dilakukannya apabila besara kelak.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Imej Messi berpakaian tradisional Arab dapat perhatian
Superstar bola sepak dunia itu kini pikul tugas baharu sebagai duta jenama pakaian mewah Arab Saudi.