“SEBENARNYA memang agak teruja dan tertunggu-tunggu bajet sukan menerusi Bajet 2023 kali ini, kerana andaian saya sudah pasti terdapat sedikit anjakan selaras temasya Sukan SEA dan Sukan Asia tahun depan.”
Itu pandangan pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli, berkenaan peruntukan RM332 juta yang disalurkan kepada sektor sukan negara pada Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Namun tegas Pekan, ia agak mengejutkan kerana tiada dana khusus yang dikhaskan ke arah merangsangkan semula peningkatan prestasi atlet Malaysia menjelang dua temasya tersebut.
“Saya lebih suka jika gerakan ke arah tersebut digambarkan menerusi Bajet 2023 kerana tempoh sasarannya sudah terlalu dekat.
“Saya juga tidak melihat Bajet 2023 ini sebagai dos penggalak untuk merancakkan kembali industri sukan negara di peringkat akar umbi, negeri, kebangsaan dan negara yang cukup terkesan berikutan pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun sebelum ini.
“Cuma bersyukur sebab bajet sukan tidak dipotong, apabila ada sedikit tambahan, dan pastinya program Podium dan persiapan atlet untuk Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia 2023 tidak terjejas,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Pada Jumaat, RM332 juta diperuntukkan untuk sektor sukan Bajet 2023 bagi memacu program latihan dan fasiliti sukan dalam memastikan para atlet negara terus cemerlang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Negara-negara ini tidak hanya memberikan tumpuan, tetapi juga peruntukan yang besar untuk merancakkan industri sukan, perjalanan liga sukan domestik, penganjuran acara sukan peringkat antarabangsa, terdapat juga peruntukan khas diberikan untuk memajukan teknologi sukan seperti Korea Selatan dan Jepun.
“Jadi saya boleh katakan peruntukan untuk sukan dalam Bajet 2023 kali ini biasa-biasa sahaja,” katanya.
Tambah Pekan lagi, dengan dua temasya tahun depan, seharusnya Bajet 2023 untuk sukan merupakan satu anjakan yang lebih agresif untuk kontinjen Malaysia bangkit kembali.
“Kita juga mengharapkan kelangsungan itu sebagai persediaan untuk sasaran pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 atau memberi impak kepada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
“Alhamdulillah, kerajaan terus peka menjaga kebajikan atlet apabila menyediakan peruntukan RM5 juta ringgit kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk 2023.
“Namun sedikit persoalan tentang hala tuju peruntukan pembangunan sukan OKU sebanyak RM12 juta, dengan peruntukan yang besar ini kita perlu tahu secara spesifik peruntukan tersebut mahu disalurkan kepada siapa, sama ada untuk program latihan, membeli peralatan atau untuk atlet bertanding dan sebaliknya,” katanya.
Pada masa sama, Pekan berkata, RM20 juta untuk pembangunan litar drag bagi membuka peluang belia terlibat dalam sukan permotoran itu adalah satu platform yang perlu jelas hala tujunya.
“Saya kurang jelas mengapa kita menuju ke arah sukan ini? Adakah kita cuba memenuhi tuntutan komuniti sukan drag?
“Mungkin ini suatu sukan baharu yang akan menjadi kegilaan generasi anak muda kita nanti. Namun saya lebih suka kita terus meriahkan dan perkasakan litar sepang khususnya pembabitan di MotoGP,” katanya.
Pekan juga melihat peruntukan RM13 juta untuk pembangunan e-sukan adalah memadai malah mungkin boleh dikurangkan lagi.
“Saya pun kurang jelas hala tuju untuk e-sukan, kerana melihat akan keuntungannya lebih terarah kepada pengendali atau operator sukan dan syarikat telekomunikasi sahaja.
“Namun untuk sukan itu sendiri dalam melahirkan lebih banyak atlet yang meraih lebih banyak kejuaraan di peringkat serantau dan antarabangsa belum benar-benar terbukti, bila kita bagi bajet besar untuk e-sukan, itu yang netizen nak tengok sebenarnya.
“Saya tahu kita menang tiga emas di e-sukan Komanwel Birmingham 2022, tapi kejayaan itu bukan gambaran sebenar kehebatan kita kerana di peringkat Asia Tenggara pun kita masih terkebelakang,” kata Pekan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 10 2022
Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, agak mengejutkan kerana tiada dana khusus yang dikhaskan ke arah merangsangkan semula peningkatan prestasi atlet Malaysia. - Sinar Harian
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Bajet sukan tak agresif?
Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, agak mengejutkan kerana tiada dana khusus yang dikhaskan ke arah merangsangkan semula peningkatan prestasi atlet Malaysia.
Kerajaan pertimbang tambah bajet sukan tahun hadapan - PM Najib
Kejayaan kontinjen Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 menjadi inspirasi kepada kerajaan untuk memastikan kejayaan itu terus diulangi pada masa akan datang.