DIA dianggap peminat antara pemain paling menyerlah sepanjang kempen Piala Dunia di Russia, dan watak penting memastikan kemaraan Perancis ke pentas final, sebelum akhirnya muncul juara.

Namun di sebalik kehebatannya, N’Golo Kante sebenarnya sangat pemalu, sehingga mahu memegang trofi Piala Dunia yang dimenangi pasukannya juga dia teragak-agak untuk melakukannya.

Tatkala rakan-rakan dalam pasukan Perancis berebut-rebut mahu memegang dan mencium trofi itu, Kante hanya melihat dari belakang, dan sabar menunggu gilirannya.

Jika tidak kerana rakan sepasukannya, Steven N’Zonzi, yang meminta agar yang lain memberi laluan, tentu Kante perlu menunggu lebih lama.

Menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik ke laman sosial, N’Zonzi dilihat meminta trofi itu dari Florian Thauvin untuk diberikan kepada Kante.


Perancis muncul juara kali kedua selepas kali pertama melakukannya 20 tahun lalu, dengan menewaskan Croatia 4-2.