KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan aksi cemerlang selepas berjaya mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Terbuka Korea 2023 hari ini.
Pasangan itu yang baru dinobatkan juara Terbuka Amerika Syarikat 2023 pada Ahad lepas, menafikan cabaran beregu senegara yang juga pilihan keenam kejohanan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 25-23, 21-15 pada pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Jinnam, Yeosu, Korea Selatan.
Bagaimanapun, tugas getir menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di pentas suku akhir apabila bakal berdepan cabaran pilihan utama kejohanan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia yang mara selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-19, 21-15.
Mengiringi kemaraan gandingan ranking ke-46 dunia itu ialah perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yang tidak berdepan masalah dalam mengetepikan cabaran pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Tze Yong akan berdepan pilihan keempat kejohanan dari Singapura, Loh Kean Yew yang mara selepas menewaskan pemain China, Zhao Junpeng 21-19, 17-21, 21-6.
Dalam pada itu, empat lagi wakil negara terpaksa melupakan hasrat melangkah lebih jauh selepas ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing-masing pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di venue sama.
Perseorangan wanita negara S. Kisona tewas dalam pertarungan tiga set 22-20, 14-21, 14-21 di tangan pilihan utama kejohanan dari Jepun, Akane Yamaguchi, sementara beregu utama wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berdepan nasib sama di tangan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 17-21, 21-17, 19-21.
Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula akur dengan kekalahan straight set 9-21, 7-21 kepada pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sementara beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tewas kepada pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 17-21, 13-21.
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang turun sebagai pilihan keempat kejohanan, tersingkir di pusingan kedua di tangan wakil Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-19, 18-21,19-21.
Keiichiro-Yoshinori akan bertemu pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae pada aksi suku akhir esok.
Beregu Korea itu menewaskan rakan senegara, Jin Yong-Na Sung Seung 24-26, 21-15, 21-18.
Dalam masa sama, pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa terpaksa akur apabila ditewaskan dengan mudah oleh pemain nombor empat dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying 21-15 dan 21-5.
Tzu Ying akan meneruskan kemaraannya bertemu Zhang Yi Man dari China selepas melakar kejutan mengalahkan rakan senegaranya, Han Yue 21-10 dan 21-17.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Tugas getir menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di pentas suku akhir apabila bakal berdepan cabaran pilihan utama kejohanan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Badminton Terbuka Korea: Sze Fei-Nur Izzuddin terus cemerlang mara ke suku akhir
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan aksi cemerlang selepas berjaya mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Terbuka Korea 2023 hari ini.