KUALA LUMPUR: Pasangan beregu badminton lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun hanya selangkah dari memenangi gelaran kedua mereka tahun ini, selepas layak ke final badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland.
Pada perlawanan separuh akhir semalam, Wei Chong-Kai Wun berhadapan cabaran sengit sebelum mengatasi pasangan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, 19-21, 21-19, 21-19, untuk layak ke final kedua kejohanan Super 500 mereka, selepas Masters Malaysia 2023, pada Jun.
Pasangan ke-23 dunia itu akan berhadapan satu lagi pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Arena Vantaa Energia, hari ini.
Astrup-Skaarup menewaskan juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-12.
Wei Chong-Kai Wun meraih gelaran pertama mereka tahun ini selepas menewaskan pasangan Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han, 20-22, 21-17, 21-14, di Terbuka Taipei 2023 satu kejohanan Super 300, pada Jun.
Terdahulu pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia akan bertemu rakan senegara Ng Tze Yong pada perlawanan akhir perseorangan hari ini.
Zii Jia pemain pilihan kelapan, mengejutkan pilihan ketiga dari Denmark Anders Antonsen 21-17 pada set pertama dan sedang mendahului 13-8 pada set kedua sebelum Antonsen menarik diri akibat kecederaan di kaki.
Sementara itu pemain bukan pilihan Tze Yong, layak ke final selepas mengalahkan pilihan ketujuh dari Jepun Kanta Tsuneyama, 21-12, 21-16.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

Pasangan ke-23 dunia itu akan berhadapan satu lagi pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup pada perlawanan akhir hari ini. - Gambar fail/FB BAM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Badminton Terbuka Artik : Wei Chong-Kai Wun hampiri raih gelaran kedua tahun ini
Pasangan beregu badminton lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun layak ke final badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland.