KUALA LUMPUR: Pemain beregu serba boleh negara, Yap Roy King, membuktikan keunggulannya apabila muncul satu-satunya individu meraih gelaran berganda menerusi acara beregu campuran dan beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023.
Pada aksi final di Stadium Juara Bukit Kiara di sini, hari ini, pemain berusia 22 tahun itu, yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM), merangkul gelaran pertama ketika berpasangan bersama Valeree Siow dalam acara beregu campuran menewaskan Choong Hon Jian-Go Pei Kee, 21-19, 21-18.
Beliau kemudian turun beraksi dalam final beregu lelaki bergandingan dengan Wan Mohd Arif Sharuddin Wan Junaidi dan membenam cabaran Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, 21-17, 21-12.
"Saya memang berniat mahu menang (dua-dua acara), semua pun mahu jadi juara dan saya cuma berikan yang terbaik. Saya berikan yang maksimum untuk kedua-dua acara, kalau tidak ia tidak adil untuk pasangan saya," katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian hadiah di sini.
Mengulas lanjut, Roy King menyerahkan kepada barisan kejurulatihan mengenai kedudukannya yang bermain dalam acara berbeza sambil menjelaskan beraksi dalam dua acara tidak membebankannya.
Berdasarkan ranking dunia, Roy King dan Wan Mohd Arif berada di posisi ke-85 selepas mula bergandingan pada Mac lepas susulan rombakan yang berlaku sementara gandingannya bersama Valeree di kedudukan ke-61.
Sementara itu, Wan Mohd Arif mahu terus kekal bersama gandingannya itu selepas mula rasa selesa.
"Ranking pun sudah 85 kalau nak pecah (pisah) semula memang sayang, nak kejar ranking bukan senang...saya pun kesiankan Roy sebab saya saat-saat akhir pilih dia. Saya berterima kasih kepadanya sebab dapat terima saya.
"Saya pun tiada masalah dan boleh ikut (cara permainan) dia, lagi satu kita ada kelebihan sebab seorang kanan dan seorang lagi kiri. Giliran kami pun tiada masalah sebab boleh ikut kelajuan masing-masing...cuma dari aspek bertahan masih belum konsisten dan perlu diperbaiki," katanya.
Pencapaian Roy King hari ini menyaksikan beliau membawa pulang wang kemenangan keseluruhan bernilai RM12,500 (selepas bahagi dua dengan pasangan) selain menambah koleksi kejayaan selepas merangkul gelaran Cabaran Antarabangsa Nantes bersama Wan Mohd Arif di Perancis, bulan lepas.
Juara beregu lelaki menerima wang kemenangan bernilai RM15,000 sementara RM10,000 bagi beregu campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Pemain beregu BAM Wan Mohd Arif Sharuddin Wan Junaidi (kanan) dan Yap Roy King (dua, kanan) memenangi perlawanan akhir beregu lelaki sempena Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Roy King-Arif sedia hadapi Terbuka Malaysia 2025
Roy King tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat, sambil menyifatkan ia memberi suntikan motivasi untuk beraksi lebih baik.

Wan Arif-Roy King teruskan kemaraan di Sepanyol
Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King meneruskan persembahan cemerlang apabila mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Sepanyol Masters.

Badminton: Roy King 'sapu' gelaran berganda
Yap Roy King membuktikan keunggulannya apabila muncul satu-satunya individu meraih gelaran berganda menerusi acara beregu campuran dan beregu lelaki.