KUALA LUMPUR: Penyandang juara dunia perseorangan lelaki Loh Kean Yew sedar ramai pesaingnya termasuk Lee Zii Jia menyasarkan untuk menumpaskannya.
Tetapi warga Singapura berusia 25 tahun itu tidak rasa tertekan dengan cabaran dan tekanan untuk mempertahankan gelaran yang sukar dicapai itu.
Ditanya mengenai keputusan Zii Jia untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadual pada 28 Julai hingga 8 Ogos untuk memberi tumpuan Kejohanan Dunia di Tokyo pada 22-28 Ogos, Kean Yew berkata beliau tetap akan memberikan yang terbaik untuk mempertahankan kejuaraan.
"Saya pasti beliau (Zii Jia) menyasarkan emas (Kejohanan Dunia), orang lain juga menyasarkan emas atau mendapat keputusan terbaik. Saya akan melakukan persiapan sendiri dan pergi ke sana cuba yang terbaik," katanya kepada pemberita semasa sesi latihan rasmi Terbuka Malaysia di Axiata Arena hari ini.
Pada Rabu, pemain nombor satu negara Zii Jia mengumumkan menarik diri daripada Sukan Birmingham, yang memberikan alasan jadual ketat sejak kebelakangan ini, selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada Kejohanan Dunia.
Mengulas mengenai Terbuka Malaysia yang dianjurkan semula selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, Kean Yew berharap dapat mempamerkan prestasi terbaiknya walaupun berasa angin agak kuat di gelanggang.
"Saya rasa ia agak berangin di sini, tetapi semua orang akan bermain di gelanggang yang sama, jadi akan cuba membiasakannya dan cuba yang terbaik untuk bermain. Saya berehat kira-kira seminggu selepas Terbuka Indonesia, agak bersedia dan mudah-mudahan dapat beraksi," katanya.
Ditanya mengenai persiapannya berhadapan pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Victor Axelsen di pusingan kedua, Kean Yew berkata: "Saya rasa sebelum itu, saya perlu memberi tumpuan kepada perlawanan pertama saya kerana saya akan menentang Lee Cheuk Yiu (Hong Kong). Bukan perlawanan yang mudah, sudah pasti saya mahu memberi tumpuan satu demi satu perlawanan," katanya.
Sementara itu, pemain kelahiran Pulau Pinang itu juga berpeluang bertemu dengan saudara-mara dan rakan-rakannya sebelum kejohanan yang akan bermula esok hingga 3 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022
Warga Singapura itu tidak rasa tertekan dengan cabaran dan tekanan untuk mempertahankan gelaran yang sukar dicapai itu.- Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Badminton Terbuka Jepun: Ng Tze Yong lunas dendam ke atas Loh Kean Yew
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, melunaskan misi balas dendam apabila menewaskan bekas juara dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew.
Terbuka Denmark: Zii Jia mara ke final
Zii Jia menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan seteru lamanya, dengan 21-18, 21-15, pada kejohanan di Arena Jyske Bank.
Terbuka Denmark: Zii Jia lepasi Jonatan, Kean Yew kejutkan Axelsen
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia bakal berentap dengan pemain Singapura, Loh Kean Yew bagi perebutan slot perlawanan akhir.
Kean Yew nombor lima dunia
Dalam kemas kini ranking terbaharu BWF Selasa, Kean Yew naik dua anak tangga daripada ketujuh sebelum ini.
Badminton: Kean Yew tidak tertekan dengan hasrat Zii Jia rampas kejuaraan dunia
Penyandang juara dunia perseorangan lelaki Loh Kean Yew sedar ramai pesaingnya termasuk Lee Zii Jia menyasarkan untuk menumpaskannya.
Terbuka Indonesia: Zii Jia lepasi cabaran Kean Yew mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2022.
Juara dunia positif COVID-19
JUARA dunia Loh Kean Yew terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Switzerland di St Jakobshalle, Basel selepas pemain nombor 10 dunia tersebut disahkan positif COVID-19.
BATC 2022: Zii Jia tewaskan juara dunia dengan kemenangan 'straight set'
Zii Jia menang bergaya menumpaskan, Loh Kean Yew dengan kemenangan 21-6, 21-14 dalam aksi pertamanya selepas bergerak secara profesional.
Kemenangan ke atas Kean Yew penting tingkatkan keyakinan - Zii Jia
Lee Zii Jia tidak mahu lagi berputih mata di tangan Juara Dunia Loh Kean Yew apabila memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 menentang Singapura, Rabu ini.